Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tengku Hassanal berkenan adakan pertemuan bersama Tun Musa di Istana Seri Kinabalu
  • SEMASA

Tengku Hassanal berkenan adakan pertemuan bersama Tun Musa di Istana Seri Kinabalu

Utusan Sarawak 13 hours ago
TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini. Tengku Hassanal tiba untuk mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah bermula hari ini hingga Rabu. Foto Bernama

KOTA KINABALU: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan mencemar duli mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, di sini.

Keberangkatan tiba baginda di istana pada 2.08 petang disambut oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif dan Pembantu Menteri Kewangan Datuk Isyak Ayub serta pegawai kanan istana.

Baginda kemudian menandatangani buku lawatan sebelum diiringi oleh Mohd Arifin dan Isyak ke Pejabat Yang DiPertua Negeri Sabah bagi pertemuan bersama Tun Musa.

TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengadakan pertemuan bersama Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu, hari ini. Tengku Hassanal tiba untuk mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo di Sabah bermula hari ini hingga Rabu. Foto Bernama

Pertemuan yang berlangsung selama lebih sejam antara Tengku Hassanal bersama Tun Musa itu adalah untuk bertukar-tukar pandangan dan idea berkaitan pelbagai perkara.

Seterusnya, baginda akan berangkat ke Kundasang, Ranau bagi mengetuai Ekspedisi Mahkota Borneo yang dijadual berlangsung bermula hari ini hingga 13 Mei.

Menerusi ekspedisi itu, Tengku Hassanal dijadual mendaki Gunung Kinabalu esok (12 Mei) bersama pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ekspedisi Mahkota Borneo itu turut mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan oleh Baginda dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara.

Selain itu, ekspedisi berkenaan juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara negeri Pahang dan Sabah, di samping menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Jambatan Gurney di Pulau Andaman diiktiraf ‘Jambatan Box Grider Terlebar di Malaysia’
Next: Makkah Route ubah lanskap perjalanan haji Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.