Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tengku Ampuan Pahang kagum kualiti songket prospek Penjara Puncak Borneo
  • SEMASA

Tengku Ampuan Pahang kagum kualiti songket prospek Penjara Puncak Borneo

Utusan Sarawak 21 hours ago
TENGKU Ampuan Pahang semasa lawatan ke Penjara Puncak Borneo untuk melihat hasil tenunan songket prospek penjara, di sini, hari ini. Foto UKAS

KUCHING: “Hasil tangan prospek di Kompleks Songket Sri Kenyalang Penjara Puncak Borneo lebih baik sekarang dengan reka bentuk baharu yang lebih baik dan saya rasakan mereka akan bertambah baik lagi pada masa hadapan.”

Demikian titah Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj sempena lawatan ke Penjara Puncak Borneo untuk melihat hasil tenunan songket prospek penjara, di sini, hari ini.

Keberangkatan tiba Tengku Ampuan pada 2.30 petang disambut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

TENGKU Ampuan Pahang semasa lawatan ke Penjara Puncak Borneo untuk melihat hasil tenunan songket prospek penjara, di sini, hari ini. Foto UKAS

Turut sama, anak kepada Premier Sarawak Dayang Norjihan, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah serta para tetamu kehormat yang lain.

Dalam lawatan yang berlangsung lebih satu jam itu, Tengku Ampuan berkenan menilik dan meneliti sendiri proses tenunan kain songket, selain turut berkenan menitah beli beberapa helai songket buatan tangan sebagai tanda penghargaan atas usaha dan ketekunan para prospek.

TENGKU Ampuan Pahang semasa lawatan ke Penjara Puncak Borneo untuk melihat hasil tenunan songket prospek penjara, di sini, hari ini. Foto UKAS

Lebih menyerikan suasana, Tengku Ampuan turut berkenan mencipta corak motif songket khas yang menggabungkan elemen motif Pahang dan Sarawak, melambangkan kesatuan seni dan budaya antara dua negeri tersebut.

Mengakhiri lawatan, Baginda turut berkenan menjemput Sarawak untuk bersama-sama menilik dan meninjau proses penenunan kain songket di Pahang dan negeri lain pada masa akan datang.

-UKAS

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Lebuh Raya Pesisir Utara lambang transformasi baharu pembangunan infrastruktur di Sarawak
Next: Sultan Pahang, Tengku Muhammad tinjau konservasi orang utan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.