Tenggiling ditemukan di celah tayar kereta di Lundu

Facebook
WhatsApp
SEEKOR tenggiling ditemukan di celah tayar hadapan sebuah kereta di Lundu, hari ini. Foto APM Lundu

LUNDU, 8 Oktober: Seekor tenggiling ditemukan tersepit di celah tayar hadapan sebuah kereta sehingga menyebabkan pemilik kenderaan berkenaan terpaksa mendapatkan bantuan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Lundu, hari ini.

Menurut APM Lundu, Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Lundu menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai penemuan haiwan berkenaan.

ANGGOTA APM Lundu menunjukkan seekor tenggiling yang ditemukan di celah tayar hadapan sebuah kereta di Lundu, hari ini. Foto APM Lundu.

Susulan itu, pengadu memohon bantuan anggota APM Lundu untuk menangkap tenggiling tersebut bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai keadaan tenggiling berkenaan serta hasil operasi menyelamat haiwan itu belum dinyatakan.

Orang awam yang berdepan sebarang kecemasan di kawasan Lundu boleh menghubungi APM Lundu menerusi talian 082-711292 untuk mendapatkan bantuan.

Terima kasih feri Batang Paloh

SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan

Terima kasih feri Batang Paloh

SIBU, 28 Oktober: Perkhidmatan feri Batang Paloh akan menamatkan operasinya pada 12.00 tengah hari Jumaat ini (30 Oktober), seiring dengan