Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tenaga solar sebagai alternatif kepada SARES di pedalaman
  • TEMPATAN

Tenaga solar sebagai alternatif kepada SARES di pedalaman

Utusan Sarawak 2 years ago

KUCHING: Tenaga solar iaitu sumber tenaga baharu untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen, akan digunakan sebagai alternatif untuk bekalan elektrik di kawasan pedalaman negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia sebagai pilihan kepada projek Skim Pembekalan Elektrik Alternatif Luar Bandar Sarawak (SARES).

“Untuk Sarawak, khasnya di kawasan pedalaman, kalau tidak ada hidro, yang boleh digunakan adalah tenaga solar.

“Katakan esok kita ada tenaga mesra alam, maka kita juga boleh gunakan hidrogen di kawasan luar bandar.

“Jadi, dalam hal ini potensinya begitu besar untuk Sarawak menuju ke arah ekonomi hidrogen.

“Sekarang pun ada program SARES dan ini bermakna pihak Sarawak Energy Bhd (SEB) boleh juga menggunakan sistem solar untuk mengeluarkan hidrogen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Simposium dan Pameran Tenaga Hijau di Pusat Kecemerlangan Teknikal Sarawak (CENTEXS) di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, sebenarnya tenaga solar juga boleh digunakan untuk menghasilkan hidrogen dan oksigen.

“Tenaga baharu ini juga dapat digunakan sebagai alternatif di kawasan pedalaman Sarawak yang tidak mempunyai sumber tenaga hidro.

“Sarawak kini mempunyai kedua-dua sumber tersebut, iaitu hidro dan tenaga solar.

“Tenaga solar turut memanfaatkan suria untuk menghasilkan tenaga melalui pemecahan molekul air (H2O) kepada hidrogen dan oksigen,”katanya.

Projek SARES yang mula diperkenalkan pada 2016 adalah antara inisiatif kerajaan Sarawak untuk menyediakan kemudahan bekalan elektrik 24 jam kepada penduduk di kawasan luar bandar yang tidak tersambung dengan grid bekalan sedia ada.

Menerusi projek terbabit, ia telah berjaya membantu Sarawak mencapai kadar liputan bekalan elektrik di seluruh negeri sehingga 97.9 peratus

Abang Johari berkata, teknologi baharu itu merupakan alternatif kepada penggunaan sumber tenaga hidro yang biasa digunakan.

“Ini telah memberi gambaran kita sudah sangat maju, kita ada sumber tenaga yang boleh menggerak ekonomi kita melalui hidrogen,” katanya.

Program Simposium dan Pameran Tenaga Hijau memberi peluang mempelajari, berbincang dengan pakar berkaitan cabaran pasaran karbon khususnya di Asia serta mengenalpasti langkah yang perlu diambil.

Oleh Azreen Keria

Continue Reading

Previous: Sarawak lancar menara 5G pertama serantau
Next: Tiket penyertaan RWMF 2023 di tiga lokasi terpilih mulai esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.