Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tenaga boleh diperbaharui perkukuh daya tahan Sarawak tarik pelaburan global
  • SEMASA

Tenaga boleh diperbaharui perkukuh daya tahan Sarawak tarik pelaburan global

Utusan Sarawak 4 hours ago
PENYAMPAIAN sumbangan raya SMD Semiconductor dan HSL kepada Rumah Kanak-kanak Toh Puan Hajah Norkiah pada Majlis SMD Semiconductor Berjarah Raya 2026 di La Promenade Mall, Kota Samarahan. Foto Masrin Affirah

KOTA SAMARAHAN: Sarawak terus memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelaburan utama dengan memanfaatkan kelebihan tenaga boleh diperbaharui, sekali gus kekal berdaya tahan meskipun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Menurut Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan, jumlah pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) yang diluluskan pada tahun lalu melebihi RM16 bilion dalam sektor perkhidmatan utama dan pembuatan.

“Secara kumulatif dalam tempoh lima tahun, jumlah pelaburan yang telah diluluskan mencapai lebih RM160 bilion daripada FDI dan DDI.

“Yang pentingnya, kebanyakan pelaburan tersebut telah direalisasikan sepenuhnya atau menunjukkan kemajuan yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis SMD Semiconductor Berjarah Raya 2026 di La Promenade Mall, di sini, hari ini.

PENYAMPAIAN sumbangan duit raya disempurnakan oleh Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan pada Majlis SMD Semiconductor Berjarah Raya 2026 di La Promenade Mall, Kota Samarahan. Foto Masrin Affirah

Tambah beliau, kerajaan Sarawak akan terus berusaha menarik lebih banyak pelaburan asing dengan memanfaatkan kekuatan strategik negeri.

Mengulas mengenai kesan krisis di Asia Barat terhadap aliran pelaburan, beliau mengakui situasi geopolitik semasa memberi kesan kepada ekonomi global termasuk sektor tenaga dan kos pengangkutan.

“Memang situasi sangat mencabar dan bukan sahaja kita, malah seluruh dunia turut terkesan.

“Namun, Sarawak mempunyai kelebihan tersendiri khususnya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui yang menjadi tarikan utama pelabur.

“Kita akan terus mempromosikan pelbagai sektor dengan memberi tumpuan kepada kekuatan strategik kita, termasuk tenaga boleh diperbaharui yang sebahagian besarnya dijana melalui kuasa hidro,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyatakan Sarawak juga sedang giat membangunkan kapasiti tenaga hijau yang memberi kelebihan daya saing berbanding negara lain yang berdepan kekangan tenaga.

“Sarawak turut memberi fokus kepada negara-negara Asia seperti China, Jepun dan Korea dalam menarik pelaburan baharu serta mempromosikan sektor industri berteknologi tinggi termasuk semikonduktor.

“Sektor minyak dan gas serta rantaian bekalan tenaga global turut terkesan akibat peningkatan kos, namun Sarawak masih mempunyai kelebihan melalui kepelbagaian sumber tenaga dan kedudukan strategik,” ujarnya.

Menyentuh pelaburan dari Asia Barat seperti Abu Dhabi, beliau berkata komitmen pelabur masih kekal dengan majoriti pelaburan tenaga boleh diperbaharui khususnya solar datang dari China, selain terdapat pelabur dari negara itu yang telah mengadakan lawatan ke Sarawak baru-baru ini bagi membincangkan potensi pelaburan.

Oleh Masrin Affirah

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat di Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak hingga 4.00 petang
Next: Kerajaan perhebat penguatkuasaan tangani bekalan minyak, subsidi terus dikekalkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.