
MIRI: Tempoh masa operasi bagi pintu sempadan Sarawak (Malaysia) dan Brunei Darussalam dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam pada 15 Jun ini.
Pos Kawalan Sempadan Imigresen Zon Utara Sarawak akan dilanjutkan bermula dari 11 Jun hingga 15 Jun ini.
Antara sempadan Sarawak dan Brunei Darussalam dilanjutkan itu ialah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) Mengkalap Lawas, Pandaruan Limbang, Tedungan Limbang dan Sungai Tujoh Miri.
Tujuan perlanjutan ini adalah sempena sambutan Perayaan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Peringkat Negeri Sarawak.
Sebarang pertanyaan pertanyaan lanjut boleh dikemukakan melalui Sistem Pertanyaan Online (SPO) Jabatan Imigresen Malaysia melalui pautan https://eapp.imi.gov.my/tanya/create (klik kategori dropdown JIM SARAWAK > KESELAMATAN DAN PASSPORT).
Oleh Adum Liu