Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tempatkan persatuan OKU,warga emas satu bangunan
  • TEMPATAN

Tempatkan persatuan OKU,warga emas satu bangunan

Utusan Sarawak 3 years ago

SANTUNI RAKYAT… Dr. Abdul Rahman bersama penerima bantuan dan sumbangan kepada golongan memerlukan pada Majlis Sejambak Kasih Hari Raya 2022 di Limbang, kelmarin.

LIMBANG: Kementerian  Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti perlu melihat keperluan membina satu bangunan di Limbang yang menempatkan persatuan bagi golongan orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas seperti Kompleks  Kebajikan Komuniti Dalat.


Menurut Timbalan Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr. Abdul Rahman Ismail, kemudahan itu perlu menempatkan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan Pusat Perkhidmatan Warga Emas (PPWE)  di bawah satu  bumbung.


Pada masa ini jelasnya di Limbang  hanya mempunyai PDK dan PPWE di bawah Kerajaan Sarawak dan memerlukan sebuah lagi Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di bawah Kerajaan Pusat.


“Permohonan  kita supaya dibina satu bangunan khas menempatkan kesemua persatuan PDK, PPWE,PAWE  seperti Kompleks  Kebajikan Komuniti di Dalat.


“Kita harap perkara ini dapat ketengahkan ke  Kementerian  Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti untuk dibina satu kompleks serupa di Limbang,”katanya pada Sejambak Kasih  Hari Raya 2022 di sini, kelmarin.


Turut sama Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri, Noriah Ahmad, Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi dan Pegawai JKM  Limbang Wan Muhd Hasif  Wan Jamari.


Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu berkata, kemudahan PDK juga perlu ditubuhkan khususnya di kawasan Batu Danau bagi kemudahan golongan OKU yang jauh di luar bandar.


Dr Abdul Rahman berkata, JKM membiayai sepenuhnya aktivti 55 PDK di seluruh Sarawak yang  banyak menyewa dan sewa premis dibayar  oleh kerajaan negeri  dan geran tahunan daripada wakil rakyat selain PPWE.


Beliau turut meminta  Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) agar segera mengatasi masalah permohonan kad pengenalan diri kanak-kanak bercip (MyKid) yang tiada stok di Limbang sejak lebih setahun lalu.


“Bagi yang ingin membuat permohonan segera, mereka perlu pergi sama ada ke JPN Kuching, JPN Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuching, JPN UTC Sibu atau JPN UTC Miri.


“Saya menyeru JPN supaya  memberi  perkhidmatan  yang menyeluruh tidak kira dibandar besar dan bandar kecil.

“Limbang  menghadapi masalah tiada stok untuk myKid sejak setahu lebih dan meminta agensi itu menyediakan stok secepat mungkin, kerana masalah logistik yang dihadapi di Limbang,”katanya lagi.

Continue Reading

Previous: Agong, Permaisuri berangkat tiba di Sarawak
Next: Ada MP undur diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.