
SIBU: Menjelang malam Tahun Baharu Cina Tahun Kuda, telah berlaku kejadian tembakan di sebuah bank di Jalan Lanang kira-kira 3.00 petang tadi.
Difahamkan, kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan kejadian merakamkan seorang lelaki menaiki motosikal dipercayai melepaskan tembakan ke arah bank, sebelum melarikan diri.

Selepas menerima laporan, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan dan mengawal keadaan.
Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Oleh Akun Giman