Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tembak polis: Sembilan individu direman seminggu
  • JENAYAH

Tembak polis: Sembilan individu direman seminggu

Utusan Sarawak 3 days ago
KETUA Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad.

IPOH: Sembilan individu direman seminggu bagi membantu siasatan berhubung dengan penemuan mayat seorang wanita di dalam kenderaan suspek yang dipercayai menembak dan menikam seorang anggota polis di Simpang Pulai, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata sembilan individu itu terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita.

“Perintah reman yang bermula dari hari ini hingga Ahad dikeluarkan oleh Majistret Anis Hanini Abdullah di Mahkamah Majistret manakala usaha memburu suspek utama masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, seorang anggota polis berusia 26 tahun dari Balai Polis Simpang Pulai dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini akibat terkena tembakan di bahagian perut dan tikaman pisau semasa bergelut dengan suspek yang disyaki terlibat dalam kes bunuh di kebun kelapa sawit berhampiran kilang di Simpang Pulai pagi semalam.

Kejadian pada 1.15 pagi itu, pemeriksaan lanjut terhadap kereta suspek menemukan mayat seorang wanita di bahagian tempat duduk belakang kenderaan terbabit.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302/307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

-Bernama

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Polis cedera ditembak: enam individu ditahan bantu siasatan
Next: Siasatan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan – Azam Baki

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.