Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Temasya OKSHE: Tebingan Kuching jadi tumpuan 18 – 20 Julai ini
  • HIBURAN

Temasya OKSHE: Tebingan Kuching jadi tumpuan 18 – 20 Julai ini

Utusan Sarawak 1 day ago

BOB Yusof dan Mimi Fly bakal muncul di Temasya OKSHE.

KUCHING: Penduduk Kuching dan pengunjung dari seluruh Sarawak dijemput memeriahkan Temasya OKSHE yang akan berlangsung dari 18 hingga 20 Julai bertempat di Tebingan Kuching, di sini.

Bertemakan ‘Meriahkan Warisan, Raikan Budaya,’ temasya ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik yang menggabungkan elemen seni, budaya dan warisan tempatan.

Antara pengisian utama temasya ialah Pentas Warisan, Dapur Warisan, Keunggulan Seni Songket dan Keringkam Melayu Sarawak, Bengkel WarisanKU, serta Bazar Seni dan Kraf.

Selain itu, pengunjung juga boleh menyertai Heritage Fun Ride dan Heritage Amazing Race, aktiviti yang direka untuk menggabungkan keseronokan dengan penghargaan terhadap sejarah dan budaya tempatan.

Acara turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Orkestra Tradisional Malaysia (OTM), Potres Orkestra, serta penampilan artis terkenal seperti Mimi Fly, Bob Yusof, Melissan Francis, Hijrah Yahya, Gabriel Louis, Hazmil Hasnan dan beberapa artis tempatan yang lain.

Tidak ketinggalan, pelbagai gerai makanan dan minuman turut disediakan bagi memastikan pengunjung dapat menikmati juadah tempatan sambil berhibur.

Temasya OKSHE merupakan platform yang bukan sahaja menyatukan komuniti, malah memberi peluang kepada generasi muda untuk mendekati dan menghargai warisan budaya negeri Sarawak.

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ke Tebingan Kuching dan bersama-sama meraikan keunikan budaya dalam suasana penuh kemeriahan.

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Kelvin, Aleysha bakal wakili Sarawak ke Kemuncak Bintang Kecil 2025
Next: Bunga Citra Lestari kongsi rutin jaga emosi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.