Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tema ‘Shoots’ warnai WAK 2026, tanda pertumbuhan baharu industri kreatif
  • TEMPATAN

Tema ‘Shoots’ warnai WAK 2026, tanda pertumbuhan baharu industri kreatif

Utusan Sarawak 5 hours ago
UCAPAN… Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika berucap pada majlis pelancaran media permohonan cadangan WAK 2026 hari ini. Foto Norman B

KUCHING: Tema ‘Shoots’ dipilih bagi Festival What About Kuching (WAK) 2026, melambangkan pertumbuhan baharu dalam ekosistem kreatif negeri ini, termasuk kemunculan bakat baharu, kerjasama kreatif yang semakin meluas serta perkembangan perusahaan kreatif yang kian rancak.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tema tersebut mencerminkan perkembangan berterusan festival berkenaan yang kini memasuki edisi kelapan sejak diperkenalkan.

Menurut beliau, festival berteraskan komuniti dan pelbagai genre itu kini berkembang menjadi antara acara kreatif paling dinanti-nantikan dalam kalendar tahunan Sarawak.

SIMBOLIK… Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah ketika melakukan simbolik perasmian pada majlis pelancaran media permohonan cadangan WAK 2026 hari ini. Foto Norman B

Katanya, ketika pelancaran WAK tahun lalu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, menyifatkan WAK sebagai satu “perayaan utama seni, budaya dan gaya hidup Sarawak”.

“Pernyataan itu bukan sekadar bersifat simbolik, sebaliknya mengiktiraf WAK sebagai acara penting yang mencerminkan identiti rakyat Sarawak yang kreatif, pelbagai dan berpandangan ke hadapan,” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran media permohonan cadangan WAK 2026 di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan para penggiat seni dan industri kreatif dari Sarawak, Sabah, Brunei, Indonesia, Singapura serta Semenanjung Malaysia untuk mengemukakan cadangan program melalui laman sesawang rasmi festival.

KENANGAN…Dato’ Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama tetamu kehormat dan para peserta merakam gambar kenangan pada majlis pelancaran media permohonan cadangan WAK 2026 hari ini. Foto Norman B

“Ini adalah pentas anda, platform anda dan peluang anda untuk berkongsi idea serta kreativiti,” jelasnya.

Tambah beliau, penyertaan terbuka kepada pelbagai bidang termasuk muzik, seni visual, persembahan, filem, kraf, inovasi kulinari, sukan serta gaya hidup.

Dalam pada itu, edisi WAK di Sibu dan Miri dijadual berlangsung pada Jun 2026, manakala edisi utama di Kuching akan diadakan sepanjang Oktober tahun yang sama.

Karim turut menggesa rakan media serta komuniti kreatif untuk membantu menyebarluaskan permohonan cadangan tersebut bagi menggalakkan lebih ramai bakat baharu dan penggiat seni menyertai festival berkenaan.

Beliau menambah, dengan sokongan berterusan kerajaan negeri serta kekuatan komuniti kreatif tempatan, WAK 2026 dijangka menjadi edisi paling besar dan memberi impak signifikan setakat ini.

Oleh Norman B

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Vivy Yusof, suami dapat sementara passport buat visa tunai haji
Next: 11,900 petugas keselamatan di Sarawak terima Pek Makanan Sumbangsih Raya 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.