Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tema Maulidur Rasul dekat dengan hati rakyat
  • Selatan
  • WILAYAH

Tema Maulidur Rasul dekat dengan hati rakyat

Utusan Sarawak 7 months ago
HADIR… Mahra Salleh semasa hadir pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M di Padang KPSU Lama Sri Aman, hari ini.

SIMANGGANG: Tema sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman tahun ini, ‘Sarawak Maju Makmur’ mempunyai signifikan sangat mendalam dan dekat dengan hati rakyat di negeri ini.

Residen Bahagian Sri Aman, Mahra Salleh berkata, tema tersebut selari dengan keinginan rakyat Sarawak untuk melihat dan menikmati kemajuan dari aspek kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan persekitaran yang mampan.

Menerusi aspek pembangunan Islamiah, katanya, ‘Sarawak Maju Makmur’ juga melihat kepada pembangunan mandiri jiwa rakyat Sarawak yang pelbagai agama dan bangsa.

“Kejayaan penganjuran majlis pada hari ini merupakan contoh kecil betapa kita rakyat yang berbilang kaum telah bersatu hati dan bekerjasama bagi menjayakan majlis sambutan pada hari ini.

PERARAKAN… Mahra Salleh bersama yang lain menyertai perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M bermula di Padang KPSU Lama Sri Aman, hari ini.

“Pembangunan di Bahagian Sri Aman juga merupakan bukti kerjasama dan keharmonian hidup pelbagai bangsa dan agama kita di bahagian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sambutan Maulidur Rasul Peringkat Bahagian Sri Aman 1446H/2024M di Padang KPSU Lama Sri Aman di sini hari ini.

Mahra berkata, sejarah telah membuktikan bahawa negara yang tidak aman tidak akan dapat bergerak maju dan progresif.

“Oleh itu, kita sebagai rakyat Sarawak perlu memastikan Sarawak mempunyai asas yang kukuh ke arah kemajuan dalam tempoh lapan tahun akan datang sebelum memasuki 2030.

“Bagi memastikan generasi kita akan datang bersama menikmati dan merasai pembangunan yang pemimpin kita perjuangkan pada hari ini, kita jadikan perjuangan generasi dahulu sebagai ‘role model’ perjuangan pemimpin kita pada hari ini,” tambahnya.

Sementara itu, sebanyak 55 kontinjen membabitkan 2,000 peserta mewakili jabatan, agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid dan surau, persatuan, kelab dan pertubuhan, sekolah menengah dan rendah sekitar Bahagian Sri Aman telah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul pada kali ini.

Turut hadir, Pegawai Daerah Sri Aman, Shariff Bujang; wakil Pegawai Agama Islam Bahagian Sri Aman, Ustaz Mohd Khalid Hafeez Mohd Nazir; Temenggong Mohamad Shah Achang; Temenggong Kueh Aik Seng dan Pemanca Abang Norin Abang Norudin.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Senaman berkala penting untuk kesihatan fizikal, mental
Next: Wanita terperanjat monyet liar masuk bilik tidur

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.