Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teliti kesesuaian dibenar beroperasi penuh
  • TEMPATAN

Teliti kesesuaian dibenar beroperasi penuh

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mengambil kira kesesuaian dan melihat situasi semasa Covid-19 di Sarawak sebelum membenarkan beberapa sektor ekonomi penting untuk beroperasi pada kapasiti penuh.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, sebelum ini sektor berkenaan dibolehkan untuk beroperasi secara minimum semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa I, II dan III.

“Namun demikian, pihak jawatankuasa akan melihat secara lebih mendalam tentang perkara ini  dengan mengambil kira kesesuaian pelaksanaannya di Sarawak.

“Kita juga akan melihat maklum balas daripada rakyat kerana apa-apa juga keputusan yang akan diambil, keselamatan rakyat adalah menjadi perkara utama,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Kanan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Selasa yang menyatakan kerajaan memutuskan semua sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi ketika PKP diberi kebenaran beroperasi pada kapasiti penuh tanpa sekatan berkuatkuasa semalam.

Menurut Uggah, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ketika menghadiri mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa memaklumkan kepada Perdana Menteri yang Sarawak akan mengikut semua prosedur operasi standard (SOP) bagi sektor ekonomi yang dibenarkan dibuka tetapi akan tetap meneliti sama ada untuk membenarkan ia beroperasi secara 100 peratus.

Tambah Uggah, pihaknya ketika ini sedang melakukan kajian ke atas pelbagai sektor ekonomi tambahan yang berpotensi dibenarkan beroperasi di Zon Hijau bagi mengurangkan impak PKP ke atas ekonomi Sarawak.

“JPBNS telah menubuhkan satu pasukan untuk mengkaji dengan teliti jenis aktiviti ekonomi yang boleh beroperasi dalam Zon Hijau ketika ini.

“Di Sarawak terdapat kira-kira 73 peratus kawasan adalah Zon Hijau walaupun semalam satu daerah bertukar dari Zon Hijau ke Zon Kuning iaitu Limbang tetapi  masih kekal pada kadar 73 peratus,” katanya.

JPBNS juga, katanya sedang meneliti beberapa sektor ekonomi yang dibenarkan beroperasi oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) di dalam Zon Merah di Sarawak.

Difahamkam MITI telah meluluskan beberapa projek dilaksanakan di dalam Zon Merah dan JPBNS akan melihat perkara ini dengan teliti serta mengambil kira keperluan serta situasi di Sarawak khususnya yang melibatkan zon ini, tegasnya.

Continue Reading

Previous: Poliklinik Miri menerima 500 penutup mulut dan hidung
Next: Rumah dua tingkat musnah terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.