Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Teleskop Angkasa Lepas James Webb berjaya kesan bulan ke-29 Uranus NASA
  • TEKNOLOGI

Teleskop Angkasa Lepas James Webb berjaya kesan bulan ke-29 Uranus NASA

Utusan Sarawak 5 hours ago

WASHINGTON: Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada Selasa mengumumkan bahawa Teleskop Angkasa Lepas James Webb berjaya mengesan satelit semula jadi atau Bulan baharu Uranus yang dinamakan S/2025 U1, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Dengan menggunakan Teleskop Angkasa Lepas James Webb, pasukan penyelidik yang diketuai Southwest Research Institute (SwRI) berjaya mengenal pasti satelit baharu yang sebelum ini tidak diketahui mengorbit Uranus, sekali gus menjadikan jumlah satelit planet itu kepada 29.

“Penemuan itu dibuat semasa pemerhatian Webb pada 2 Februari 2025,” menurut NASA dalam satu kenyataan.

Diameter satelit itu dianggarkan hanya kira-kira 10 kilometer (km).

Saiznya yang kecil menyebabkan ia tidak dapat dikesan oleh kapal angkasa Voyager 2 milik NASA pada 1986.

Jarak antara satelit S/2025 U1 dengan Uranus dianggarkan kira-kira 56,000 km.

NASA memaklumkan satelit itu akan diberikan nama lain kemudian.

Semua satelit Uranus dinamakan sempena watak dalam karya William Shakespeare dan Alexander Pope.– Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Continue Reading

Previous: Rekod baharu pesawat solar capai ketinggian 9,521 m

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.