Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Telefon bimbit Trump mungkin tidak “Dibuat di USA” lagi
  • GLOBAL

Telefon bimbit Trump mungkin tidak “Dibuat di USA” lagi

Utusan Sarawak 22 hours ago
TELEFON bimbit jenama Trump ‘T1’ sebelum ini dipromosikan sebagai “Dibuat di Amerika Syarikat”. Foto AFP.

WASHINGTON: Telefon bimbit jenama Trump tidak lagi dipromosikan sebagai “Dibuat di Amerika Syarikat” seperti ketika idea itu dilancarkan, sebaliknya kini diiklankan sebagai “direka dengan nilai-nilai Amerika,” menurut laman web Trumpmobile.com, lapor agensi berita Jerman dpa.

“‘T1’ bukan sekadar telefon pintar biasa, ia adalah langkah berani ke arah kebebasan tanpa wayar. Direka dengan nilai-nilai Amerika, T1 menawarkan prestasi terbaik, reka bentuk anggun dan ciri hebat -semuanya tanpa harga yang melambung,” menurut laman web itu.

“Dengan sentuhan tangan rakyat Amerika pada setiap peranti, kami memastikan ketelitian, ketepatan dan kualiti dipercayai pada setiap perincian,” tambah kenyataan itu.

Beberapa perubahan turut dilakukan, dengan saiz telefon berwarna emas itu kini lebih kecil pada 15.87 cm (6.25 inci) secara pepenjuru berbanding 17.22 cm (6.78 inci) sebelum ini. Pelancarannya kini dijadualkan pada hujung tahun ini dan bukan lagi pada September.

Sejak pelancarannya pada Jun lalu, keraguan timbul terhadap T1, khususnya mengenai dakwaan bahawa ia boleh dihasilkan di AS pada harga AS$499 – harga yang dianggap tidak realistik oleh pakar memandangkan kekurangan kapasiti pembuatan dalam negara.

Trump sebelum ini cuba mendesak Apple untuk menghasilkan produk di AS dengan ugutan tarif dan langkah lain. Penganalisis teknologi Dan Ives baru-baru ini menganggarkan bahawa akan mengambil masa bertahun-tahun sebelum iPhone boleh dibuat di AS, dengan kos melebihi AS$3,000.

Pada masa ini, produk Apple kebanyakannya diimport ke AS dari India berbanding China, manakala hampir semua telefon pintar di dunia dihasilkan di Asia.

T1 dilancarkan oleh sebuah syarikat bernama T1 Mobile LLC, yang memperoleh lesen menggunakan nama Trump. Telefon ini diperkenalkan dalam warna emas yang menjadi tanda gaya Trump, dengan anak-anak beliau, Donald Jr dan Eric Trump mengetuai pengumuman pelancarannya. – Bernama-dpa

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Salji selimuti gurun paling kering di dunia
Next: Thailand di ambang kekacauan politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.