Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Telco Malaysia mula jana pendapatan 5G melalui penyelesaian AI bersepadu
  • TEKNOLOGI

Telco Malaysia mula jana pendapatan 5G melalui penyelesaian AI bersepadu

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR:  Syarikat-syarikat telekomunikasi Malaysia (telco) mula menjana pendapatan daripada 5G dengan lebih bermakna melalui kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian bersepadu 5G yang disasarkan kepada perusahaan, kata Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Ini sekali gus menawarkan peningkatan hasil yang amat diperlukan di tengah-tengah pasaran pengguna yang tepu dan sensitif terhadap harga.

Bank pelaburan itu berkata segmen perusahaan kini berada dalam kedudukan terbaik untuk membuka sepenuhnya potensi AI dan 5G, jauh lebih baik berbanding segmen pengguna.

“Sehubungan itu, peluang menjana pendapatan untuk perkhidmatan 5G datangnya daripada sektor perusahaan, di mana cadangan nilainya adalah jelas dan serta-merta.

“Menyedari perkara ini, telco Malaysia kini sedang meletakkan diri mereka sebagai pemboleh cara bagi penyelesaian AI bersepadu, melangkaui peranan tradisional mereka sebagai penyedia sambungan semata-mata,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Kenanga IB berkata peralihan ini didayakan melalui perkongsian strategik dengan vendor-vendor teknologi, termasuk syarikat robotik seperti HelloWorld dan Infinium, serta pembekal peralatan.

“Meskipun rakan kongsi ini mengendalikan penggunaan peranti dan perisian AI, CelcomDigi Bhd akan menumpukan kepada penyampaian infrastruktur sambungan asas, termasuk tapak 5G, rangkaian 5G persendirian dan penyelesaian berasaskan gentian optik,” tambahnya.

Walaupun penggunaan 5G dalam kalangan pengguna runcit telah meluas, namun pengalaman yang terhad berbanding 4G — disebabkan kekurangan kes penggunaan individu yang menarik — telah menyebabkan penetapan harga premium sukar untuk dilaksanakan, kata Kenanga IB.

Akibatnya, penjanaan pendapatan daripada 5G dalam kalangan pengguna kekal mencabar. Sebaliknya, segmen perusahaan menawarkan kes penggunaan yang jelas dan bernilai tinggi di mana keupayaan 5G membolehkan pertukaran data masa nyata dan sistem yang menambah baik melalui maklum balas antara pengguna dan sistem yang dipacu AI.

“Telcos sedang merebut peluang ini melalui kerjasama dengan vendor teknologi untuk menggunakan perisian dan peralatan AI, sambil mereka menumpukan kepada penyediaan infrastruktur sambungan asas. Walaupun masih di peringkat awal, sambutan amat menggalakkan, dengan CelcomDigi telah melancarkan penyelesaian untuk DHL dan Vale Malaysia,” kata Kenanga IB.

Ia berkata aplikasi AI-5G utama termasuk automasi robotik, teleperubatan, smart pole (infrastruktur moden yang direka untuk menyediakan pelbagai perkhidmatan), robodog (robot yang direka untuk bersifat anjing dari segi tingkah laku) dan armada telematik berkuasa AI, yang membolehkan kontrak perusahaan direka khusus dangan margin tinggi, sekali gus berfungsi sebagai enjin pertumbuhan jangka panjang untuk industri.– Bernama

Continue Reading

Previous: Uji bakat ‘Innovathon’musim ke-3 raih sambutan menggalakkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.