Telang Usan dilanda banjir, APM giat pantau kawasan terjejas

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
KEADAAN Kampung Long Bemang, Daerah Telang Usan dinaiki air banjir sedalam 1.2 kaki akibat hujan berterusan. Foto APM Telang Usan 

TELANG USAN: Anggota Pertahanan Awam Daerah Telang Usan kini giat menjalankan pemantauan di beberapa kawasan yang dinaiki air di daerah ini.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Marudi Lt. (PA) Mirwan Shah Masri berkata pemantauan banjir di lokasi berkenaan diketuai Pbt (PA) Noor Melati Uma dan Pbt (PA) Kentesa Lesliey.

Lokasi yang terlibat dipantau ialah Kampung Long Bemang (1.2 kaki), SK Long Bemang

(0.5 kaki) dan Klinik Kesihatan Long Bemang (1.4 kaki).

Katanya kenaikan air di lokasi tersebut akibat hujan lebat berterusan sejak Ahad lepas dan limphan air pasang laut.

Tiada pusat pemindahan sementara dilakukan dan keadaan cuaca mendung dengan hujan renyai-renyai.

Beliau menasihati penduduk kampung yang terlibat supaya berhati-hati dan sentiasa peka terhadap trend air dan berpindah jika keadaan tidak selamat.

Dalam pada itu katanya sekolah dan klinik kesihatan masih beroperasi seperti biasa dan keadaan terkawal dan selamat.

Oleh Jiku Juguong

Sepanyol musnahkan impian perpisahan Messi

EAST RUTHERFORD, Amerika Syarikat: Ferran Torres muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada masa tambahan untuk membawa Sepanyol menewaskan juara