Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tekstil Batik Linut produk inovatif terbaharu Sarawak
  • TEMPATAN

Tekstil Batik Linut produk inovatif terbaharu Sarawak

Utusan Sarawak 4 years ago
CANTIK… Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Sebastian Ting (tengah) bersama yang lain menunjukkan tekstil batik linut pada sidang media di Miri, semalam.

MIRI : Tekstil Batik Linut yang dihasilkan menggunakan tepung sago sebagai bahan utama akan dilancarkan pada 24 November ini, di sini.

Ia dijangka disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg bertempat di Miri Marriot Resort & Spa pada 3.00 petang.

Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting berkata, produk tersebut dikenali sebagai tekstil linut dalam komuniti antarabangsa merupakan produk inovatif terbaharu khususnya di Sarawak dan amnya di Malaysia.

“Produk tekstil linut ini akan dilancarkan melalui platform “Proudly Sarawak”, sebuah acara tahunan baharu.

“Turut dipamerkan juga nanti ialah produk-produk utama keluaran Sarawak dan yang dihasilkan oleh bakat-bakat tempatan, hasil seni dan kraftangan oleh pelbagai suku kaum,” katanya pada sidang  media, semalam.

Tekstil Batik Linut dipelopori oleh pasukan Lamin Dana di Tellian Mukah di bawah bimbingan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (MHDC) Cawangan Sarawak.

Oleh LIONG CHAI LING

Continue Reading

Previous: Utamakan pengetahuan tempatan
Next: Jalan Sibu-Kapit pacu pembangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.