Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Teksi pandu sendiri langgar undang-undang jalan raya, buku saman bukan untuk robot
  • GLOBAL

Teksi pandu sendiri langgar undang-undang jalan raya, buku saman bukan untuk robot

Utusan Sarawak 2 weeks ago

Teksi pandu sendiri Waymo. - Foto AFP

LOS ANGELES: Angeles: Polis Amerika Syarikat (AS) menyangka mereka berjaya menahan seorang pemandu apabila melihat sebuah teksi membuat pusingan U secara haram di hadapan mereka sebelum terkejut apabila mendapati tiada sesiapa di tempat duduk pemandu.

Anggota polis di San Bruno, California menahan kereta tanpa pemandu Waymo itu pada malam Jumaat lalu, namun terpaksa melepaskannya walaupun ia jelas melanggar undang-undang.

“Memandangkan tiada pemandu manusia, saman tidak dapat dikeluarkan,” kata polis di bandar itu yang terletak di selatan San Francisco, dalam satu hantaran di media sosial.

“Buku saman kami tidak mempunyai kotak untuk ‘robot’,” katanya.

Menyifatkan situasi itu sebagai “kali pertama” bagi penguat kuasa undang-undang, jabatan polis berkata, mereka sudah memaklumkan Waymo mengenai masalah itu.

“Anggota polis menghubungi syarikat itu untuk memberitahu mereka tentang ‘masalah teknikal’ itu.”

Waymo memberitahu AFP bahawa sistem pemanduan autonominya sudah direka untuk mematuhi peraturan.

“Kami menyiasat situasi ini dan komited untuk meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pembelajaran dan pengalaman berterusan kami,” kata syarikat itu.

Waymo mengendalikan kumpulan teksi tanpa pemandu di dalam dan sekitar beberapa bandar utama AS, termasuk San Francisco dan Los Angeles.

Kenderaan Jaguar putih yang dilengkapi dengan pelbagai penderia itu bergerak di sekitar landskap bandar yang dikenal pasti menggunakan sistem pemetaan dan pengkomputeran dalaman.

Walaupun penampilannya agak aneh, dengan tempat duduk hadapan yang kosong dan stereng yang berpusing sendiri, kenderaan itu terbukti popular dalam kalangan penumpang. – AFP

Continue Reading

Previous: Penyelidik Senegal sahkan tasik Retba kembali berwarna merah jambu hasil pertumbuhan alga garam
Next: Penyelamat Indonesia giat kesan 38 pelajar dikhuatiri terperangkap dalam runtuhan bangunan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.