Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tekong seludup PATI diburu
  • NASIONAL

Tekong seludup PATI diburu

Utusan Sarawak 5 years ago
LAKSAMANA Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah

KUALA LUMPUR: Demi mengaut keuntungan lumayan sehingga mencecah ribuan ringgit, ada segelintir rakyat tempatan sanggup memperjudikan kedaulatan tanah air dengan menyeludup masuk pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Tekong darat dan laut itu dikatakan menerima bayaran tinggi kira-kira RM13,000 hingga RM15,000 untuk setiap pendatang asing tanpa izin yang dibawa masuk secara haram.

Mendedahkan perkara itu, Komander Pasukan  Petugas Kebangsaan(NTF) Laksamana Madya Datuk Aris Adi Tan Abdullah berkata, pihaknya akan memperhebatkan usaha membanteras penyeludupan PATI yang didalangi kebanyakannya tekong terdiri daripada rakyat tempatan.

“Keuntungan diperoleh  mereka (tekong) ini luar biasa, malah jumlah bayaran juga berbeza  mengikut kawasan dan aktiviti,” katanya dalam satu temu bual khas bersama Bernama di ibu pejabat NTF  di sini baru-baru ini.

Contohnya, jika pendatang asing tanpa izin dibawa bergerak dari satu tempat ke tempat  lain melalu sempadan yang dekat, tekong terbabit akan menerima bayaran  antara  RM800 dan  RM1,500 untuk setiap seorang  PATI.

“Jika sempadan yang (jaraknya) jauh, sudah tentu dikenakan bayaran tinggi  sekitar RM13,000 hingga RM15,000 dan mempunyai harga  tertentu,” katanya.

Pihak NTF telah mengenal pasti laluan masuk PATI terbabit melibatkan kawasan  utara Pulau Langkawi di  Kedah;  selatan Kuala Selangor, Selangor  ke Tanjung Piai, Johor; dan tenggara Johor.

“NTF mempunyai anggota yang bertugas 24 jam setiap hari di kawasan panas itu,” katanya.

NTF juga membuat pemantauan  kira-kira 500 laluan tikus  masing-masing di Sabah dan Sarawak, yang dijadikan laluan untuk membawa masuk PATI.

Aris berkata, lorong tikus di Malaysia di bahagikan kepada tiga kategori iaitu laluan yang mempunyai rekod tangkapan sebelum ini tetapi aktif berjumlah 203;  laluan pernah digunakan sebelum ini namun kurang aktif (202); dan laluan tidak aktif dan dianggap  jalan terakhir jika laluan satu dan dua dikawal ketat (106).

Beliau berkata, pasukannya berdepan cabaran besar dalam  mengesan dan mengenal pasti pergerakan PATI terutamanya etnik Rohingya yang masuk ke negara ini melalui lorong tikus kerana didalangi tekong  serta individu  rakyat tempatan di sempadan daratan dan maritim negara.

“Selat Melaka dan Selat Singapura juga  adalah  laluan maritim yang sibuk dengan pergerakan kapal dagang. 

“Maka,  pendatang asing tanpa izin khususnya di  barat dan selatan Semenanjung mengambil peluang dengan menggunakan laluan kapal dagang untuk masuk ke perairan negara,” katanya.

Walaupun perairan negara ini luas, ia tidak mematahkan komitmen NTF untuk membanteras kegiatan pencerobohan pendatang asing tanpa izin sehingga ke akar umbi, katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Kebiasaan baharu penamaan calon PRK CHINI
Next: Banjir kilat di Muar, dua jalan utama terputus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.