Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tekong dan migran Indonesia dicekup dalam Ops Pintas di Lubok Antu
  • JENAYAH

Tekong dan migran Indonesia dicekup dalam Ops Pintas di Lubok Antu

Utusan Sarawak 14 hours ago
SEORANG lelaki tempatan dan seorang migran warga Indonesia diberkas polis dalam Ops Pintas selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran. Foto: IPD Lubok Antu

LUBOK ANTU: Polis menahan seorang lelaki tempatan dan seorang migran warga Indonesia dalam satu operasi khas, Ops Pintas, di daerah ini semalam selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lubok Antu hari ini, tangkapan dibuat pada sekitar 4.30 petang oleh sepasukan polis dari Team Task Force IPD Lubok Antu yang diketuai oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Inspektor Harper Kenol.

Suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an dan migran lelaki berumur sekitar 40-an itu ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM) serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR berwarna hijau dengan nilai anggaran rampasan sebanyak RM10,000.

IPD Daerah Lubok Antu menegaskan bahawa pihaknya memandang serius sebarang bentuk jenayah berkaitan pemerdagangan manusia dan penyeludupan migran yang boleh menggugat keselamatan awam di kawasan sempadan.

Beliau turut menggesa orang ramai agar terus menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti jenayah rentas sempadan kepada pihak polis bagi membantu usaha membanteras kegiatan ini.

“Kerjasama dan keprihatinan masyarakat amat penting bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman Daerah Lubok Antu sentiasa terpelihara,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Three men arrested in ‘Op Tapis’ drug raid in Bau
Next: Polis tahan tiga lelaki miliki rekod dadah dalam operasi di Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.