Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Teknologi ‘Snicko’ tertanam dalam bola, sahkan jaringan penyamaan Croatia dibatal
  • SUKAN

Teknologi ‘Snicko’ tertanam dalam bola, sahkan jaringan penyamaan Croatia dibatal

Utusan Sarawak 4 hours ago

TORONTO: Jaringan penyamaan dramatik Croatia ketika menentang Portugal dibatalkan berikutan penggunaan teknologi ‘misteri’ yang tidak disedari oleh kebanyakan peminat bola sepak sebelum ini.

Pemain Croatia, Josko Gvardiol menyangka beliau berjaya meledak gol pada minit ke-103 untuk mengikat kedudukan 2-2, sekali gus mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.

Bagaimanapun, gol itu dibatalkan selepas pembantu pengadil video (VAR) mengesan kedudukan ofsaid.

Menerusi ulang tayang televisyen, pemain Croatia, Igor Matanovic pada mulanya kelihatan gagal menguis bola hasil hantaran rakan sepasukan.

Jika tiada sentuhan daripada Matanovic, Mario Pasalic berada pada kedudukan ‘onside’ selepas bola terkena pemain Portugal, Renato Veiga, sebelum beliau mengumpan bola untuk gol Gvardiol.

Namun, drama tercetus apabila pengadil perlawanan dipanggil ke monitor VAR dan mendapati terdapat bukti sahih bahawa Matanovic sebenarnya sempat menyentuh sedikit bola berkenaan.

Bukti itu diperoleh menerusi lonjakan grafik teknologi sensor penjejak atau lebih dikenali sebagai teknologi ‘Snicko’ yang tertanam di dalam bola rasmi Piala Dunia 2026, Adidas Trionda.

Grafik ‘Snicko’ terbabit berfungsi sama seperti teknologi yang digunakan dalam sukan kriket untuk mengesan sama ada bola terkena pemukul atau tidak.

Sensor hertz yang melonjak pada saat bola melepasi kaki Matanovic sudah cukup untuk membuktikan berlakunya sentuhan, sekali gus membatalkan gol Croatia dan menyelamatkan skuad Ronaldo.

Keputusan itu bagaimanapun mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan peminat di media sosial.

“Tunggu dulu, ini benar-benar gila!. Tetapi keputusan yang adil,” kata seorang penyokong.

Bagaimanapun, ada juga yang mengkritik: “Bola sepak sudah hilang serinya jika kita mula menambah teknologi kriket ke dalam bola sepak. Ini sukan, bukannya eksperimen sains.”

Bagi Ronaldo, teknologi pintar pada bola jenama Adidas ini akhirnya ‘membayar balik’ kekecewaannya.

Pada Piala Dunia 2022 di Qatar, Ronaldo dinafikan jaringan menentang Uruguay selepas sensor dalaman bola membuktikan tiada sebarang sentuhan (lonjakan grafik) daripada tandukannya ketika menyambut hantaran Bruno Fernandes.

Terdahulu, dalam aksi tegang itu Croatia mendahului menerusi Ivan Perisic pada awal babak kedua sebelum Ronaldo menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti.

Ronaldo kemudian dikeluarkan sebelum Goncalo Ramos meledak gol kemenangan Portugal pada masa kecederaan, disusuli impak keputusan VAR berkenaan yang menyaksikan bintang Croatia, Luka Modric terpaksa pulang awal.

Kecewa dengan keputusan kontroversi itu, penyokong Croatia bertindak liar dengan melontar botol ke dalam padang, menyebabkan perlawanan tertangguh selama lima minit sebelum dapat disambung semula. – Agensi

Continue Reading

Previous: Perancis jadi pilihan mara ke suku akhir Piala Dunia 2026
Next: Klopp sedia terajui Jerman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.