Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Teknologi pendidikan luar bandar perlu diperkukuhkan — Larry Sng
  • Tengah
  • WILAYAH

Teknologi pendidikan luar bandar perlu diperkukuhkan — Larry Sng

Utusan Sarawak 5 hours ago
AHLI Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien menyerahkan sumbangan kepada pihak sekolah. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

JULAU: Penggunaan teknologi dalam pendidikan luar bandar perlu diperkukuhkan agar murid tidak tercicir daripada arus pembangunan semasa.

Ahli Parlimen Julau, Datuk Larry Sng Wei Shien berkata, murid di kawasan luar bandar tidak boleh terus ketinggalan dalam trend pembangunan teknologi sebaliknya perlu mengikuti perkembangan masyarakat bandar bagi memastikan mereka mampu bersaing pada masa hadapan.

Katanya, masyarakat luar bandar juga mempunyai potensi besar untuk berjaya sekiranya diberikan peluang, sokongan dan kemudahan pendidikan yang mencukupi.

“Kita harus mengikuti cara masyarakat bandar belajar dan menggunakan teknologi.

“Saya percaya murid di kawasan luar bandar juga boleh mencapai kejayaan jika diberi peluang yang sama,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Guru 2026 di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Sugai, baru-baru ini.

GURU SK Sungai Sugai dan Datuk Larry Sng Wei Shien memotong kek sempena sambutan Hari Guru 2026. Foto Pusat Khidmat Parlimen Julau

Tambahnya, pendidikan perlu sentiasa diberi keutamaan di semua peringkat kerana ia merupakan asas penting dalam melahirkan modal insan berkualiti serta bakal pemimpin masa depan.

“Guru juga memainkan peranan utama dalam mewujudkan disiplin dan mengasuh anak-anak agar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan negara.

“Oleh itu, sambutan Hari Guru sangat penting untuk mengenang jasa dan usaha guru-guru yang sentiasa berusaha untuk melahirkan murid yang berjaya dan berkualiti,” katanya.

Larry turut memberi jaminan akan terus membantu sekolah-sekolah di Parlimen Julau.

Katanya, SK Sungai Sugai merupakan antara sekolah terbesar di kawasan Julau dan memerlukan sokongan berterusan bagi memastikan pembangunan pendidikan terus diperkukuhkan.

Beliau turut memperuntukkan sumbangan sebanyak RM17,000 kepada SK Sungai Sugai bagi membantu sekolah tersebut dalam pelaksanaan pelbagai program dan keperluan pendidikan.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Michael Kong gesa tindakan tegas selepas insiden kabel hempap kenderaan
Next: Jalan konkrit baharu di Jalan Tak Hing siap dilaksanakan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.