Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teknologi moden kurangkan risiko penyakit libatkan ternakan
  • TEMPATAN

Teknologi moden kurangkan risiko penyakit libatkan ternakan

Utusan Sarawak 1 month ago
SIMBOLIK… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menandatangani plak semasa melakukan lawatan ke ladang penternakan khinzir Greenlife Agritech Sdn Bhd di Jalan Ensengei Baki, hari ini. Foto UKAS

SERIAN: Penggunaan teknologi moden dalam penternakan khinzir berpotensi mengurangkan risiko penyakit dalam kalangan ternakan, terutamanya Demam Babi Afrika (ASF).

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom telah melawat sebuah ladang penternakan khinzir di Jalan Ensengei Baki bagi melihat sendiri teknologi yang digunakan oleh pemiliknya, Greenlife Agritech (Sarawak) Sdn Bhd.

Menurut beliau, ladang ini mengamalkan sistem kandang tertutup yang memastikan persekitaran lebih terkawal, mengurangkan risiko penyakit dan membantu pertumbuhan ternakan secara optimum.

“Selain itu, ladang ini turut menggunakan baka khinzir berkualiti tinggi dari Amerika Syarikat dan dilengkapi dengan kemudahan kuarantin serta sistem pembasmian kuman bagi menjamin tahap biosekuriti yang tinggi,” katanya.

POTONG REBEN… Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan yang lain memotong reben semasa melakukan lawatan ke ladang penternakan khizir Greenlige Agritech Sdn Bhd di Jalan Ensengei Baki, hari ini. Foto UKAS

Greenlife Agritech menyasarkan pengeluaran 144,000 ekor khinzir setahun melalui projek penternakan yang dijalankan dalam tiga fasa. Setiap fasa mengambil masa dua tahun, bermula tahun ini hingga 2029, dengan sasaran 48,000 ekor khinzir setahun.

Turut hadir dalam lawatan itu ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Martin Ben, Setiausaha Tetap M-FICORD Datu Sirai Daha, Residen Bahagian Serian Caroline Cleophas Joseph, Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dominic Chunggat, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak Datu Dr Adrian Susin Ambud serta tetamu jemputan lain. – UKAS 

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Projek bina jambatan dalam fasa kenal pasti tapak projek
Next: Patung kucing ikonik di Jalan Padungan ‘berwajah baharu’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.