Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEKNOLOGI
  • Teknologi Finland buka peluang pemilih tanah NCR sertai CCUS – Premier Sarawak
  • TEKNOLOGI

Teknologi Finland buka peluang pemilih tanah NCR sertai CCUS – Premier Sarawak

Utusan Sarawak 15 hours ago
LAWATAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sesi lawatan reruai di Persidangan Antarabangsa Mengenai Asia Rendah Karbon (ICLCA) 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat dan Norman B

KUCHING: Teknologi dari Finland yang mampu mengira nilai penyerapan karbon di sesuatu kawasan bakal membuka peluang kepada pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) untuk turut serta dalam industri Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon (CCUS) di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata teknologi tersebut membolehkan pengiraan karbon dilakukan secara saintifik dan tepat, seterusnya dijadikan asas bagi penglibatan tanah NCR dalam aktiviti penyimpanan dan dagangan karbon.

“Teknologi dari Finland ini mampu menilai penyerapan karbon melalui kawasan tertentu.

“Jika formula ini diterima dan disahkan di peringkat global, pemilik tanah NCR boleh melibatkan diri dalam aktiviti perdagangan karbon melalui penyimpanan karbon,” katanya.

LAWATAN… Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika sesi lawatan reruai di Persidangan Antarabangsa Mengenai Asia Rendah Karbon (ICLCA) 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, hari ini. Foto Shahrul Qaizat dan Norman B

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Antarabangsa Mengenai Asia Rendah Karbon (ICLCA) 2025 di Pusat Acara Hikmah Exchange di sini, hari ini.

Abang Johari berkata usaha itu juga seiring dengan kerjasama kerajaan negeri bersama Bank Dunia dan Verified Emission Reduction Accounting (VERA) untuk menilai formula serta harga karbon yang sesuai bagi pasaran antarabangsa.

Katanya, inisiatif itu akan membolehkan Sarawak memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kawasan berhutan luas serta ekosistem paya bakau bagi memperkukuh kedudukan negeri sebagai negeri karbon negatif.


“Dengan kekuatan sumber semula jadi dan dasar hijau yang kita laksanakan, Sarawak bukan sahaja menuju ke arah sifar karbon, malah kini berada pada kedudukan karbon negatif kerana menghasilkan lebih banyak oksigen daripada karbon,” ujarnya.

Oleh Shahrul Qaizat dan Norman B

Tags: Teknologi

Continue Reading

Previous: Unimas bangunkan sistem pemantauan karbon digital pertama di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.