Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tebuan musnah, bomba bertindak pantas di Taman Susur Jambu
  • Tengah
  • WILAYAH

Tebuan musnah, bomba bertindak pantas di Taman Susur Jambu

Utusan Sarawak 3 weeks ago

SARIKEI: Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sarikei bertindak pantas memusnahkan sarang serangga berbisa jenis tebuan di sebuah rumah di Lorong 2C, Taman Susur Jambu, malam tadi.

Ketua BBP Sarikei, Arrahman Chik berkata, operasi dilancarkan sejurus menerima panggilan kecemasan daripada seorang penghuni rumah pada 8.09 malam.

“Penghuni terbabit menyedari kewujudan sarang tebuan di bawah bumbung rumahnya lalu segera menghubungi pihak kami,” jelasnya ketika dihubungi.

Operasi diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Hilary Pitre Ambit bersama sepasukan anggota bomba.

“Sebaik tiba di lokasi, ketua operasi menjalankan pemeriksaan sebelum memulakan kerja-kerja pemusnahan. Anggota kami mengenakan pakaian pelindung diri (PPE) lengkap sepanjang operasi berlangsung,” tambahnya.

Sarang tebuan tersebut dimusnahkan menggunakan racun serangga dan keseluruhan operasi mengambil masa 22 minit, selesai sepenuhnya pada 8.40 malam.

Untuk makluman, tebuan adalah serangga yang sangat agresif apabila berasa terancam dan sengatannya mengandungi racun yang boleh menyebabkan reaksi alahan teruk.

Orang awam dinasihatkan agar tidak cuba memusnahkan sarang tebuan sendiri kerana tindakan tersebut boleh mengundang bahaya. Sebarang penemuan sarang serangga berbisa harus segera dilaporkan kepada pihak bomba bagi tindakan selamat dan profesional.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SJKC Hua Kee perkukuh ilmu keselamatan melalui ceramah bomba
Next: Pembangunan berkesan perlukan sokongan rakyat, bukan tugas pemimpin semata-mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.