Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tebingan Sungai Krian Saratok RM91.2 juta jadi mercu tanda baharu pembangunan DUN Kalaka
  • Selatan
  • WILAYAH

Tebingan Sungai Krian Saratok RM91.2 juta jadi mercu tanda baharu pembangunan DUN Kalaka

Utusan Sarawak 7 hours ago
MOHAMAD Duri semasa merasmikan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 ADUN Kalaka bertempat di Dewan SJKC Min Syn Saratok dekat sini hari ini. Foto: ADUN Kalaka

​SARATOK: Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) terus memperkukuh komitmen pembangunan di peringkat akar umbi dengan pelaksanaan pelbagai projek infrastruktur berimpak tinggi, khususnya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka dan DUN Krian.

​Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri menyatakan bahawa usaha ini merupakan kesinambungan visi kerajaan negeri untuk memastikan pembangunan yang seimbang dan inklusif dinikmati oleh penduduk di luar bandar.

MOHAMAD Duri semasa merasmikan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 ADUN Kalaka bertempat di Dewan SJKC Min Syn Saratok dekat sini hari ini. Foto: ADUN Kalaka

​Menurut beliau, salah satu projek utama yang menjadi tumpuan dan telah lama dinantikan oleh penduduk setempat ialah projek kerja-kerja perlindungan tebing sungai serta pembinaan Tebingan Sungai Krian Saratok atau waterfront.

​Projek berskala besar ini akan dilaksanakan di bawah peruntukan Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dan dijadualkan bermula pada tahun ini, sekali gus memenuhi impian warga Saratok yang ingin melihat kawasan tebingan sungai mereka dinaik taraf.

​Mohamad Duri menjelaskan bahawa projek yang menelan belanja sekitar RM91.2 juta itu dirancang bukan sekadar untuk tujuan estetika, malah berfungsi sebagai pelindung struktur tebing sungai daripada hakisan dalam jangka masa panjang.

MOHAMAD Duri semasa merasmikan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 ADUN Kalaka bertempat di Dewan SJKC Min Syn Saratok dekat sini hari ini. Foto: ADUN Kalaka

​Apabila siap kelak, projek ikonik ini bakal menjadi mercu tanda baharu di Pekan Saratok yang akan memperindahkan landskap bandar serta memberikan nafas baharu kepada persekitaran kawasan pusat perniagaan tersebut.

​Selain daripada perubahan fizikal, pembangunan tebingan sungai ini dijangka akan merancakkan lagi aktiviti ekonomi setempat melalui pembukaan ruang perniagaan baharu serta menarik kehadiran pelancong ke daerah berkenaan.

MOHAMAD Duri semasa merasmikan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2026 ADUN Kalaka bertempat di Dewan SJKC Min Syn Saratok dekat sini hari ini. Foto: ADUN Kalaka

​Beliau menyeru agar seluruh masyarakat terus memberikan sokongan dan mendoakan agar segala perancangan pembangunan yang telah disusun oleh kerajaan dapat berjalan dengan lancar mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

​Turut hadir, ADUN Krian, Friday Belik; Ahli Dewan Negara, Senator Pele Peter Tinggom; Pegawai Daerah Saratok, Mohammad Dino Amid; Pegawai Daerah Kabong, Tahir Mohd Sharee serta jemputan lain.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Keamanan negara tidak wajar diambil mudah, tragedi global jadi peringatan
Next: Projek Jambatan Batang Lupar 2, Jambatan Lingga pacu ekonomi Sri Aman

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.