Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tebingan Sungai Krian bakal wajah baharu, laluan 530 meter tarikan rekreasi
  • Selatan
  • WILAYAH

Tebingan Sungai Krian bakal wajah baharu, laluan 530 meter tarikan rekreasi

Utusan Sarawak 3 hours ago
MOHAMAD Duri semasa merasmikan pelepasan peserta Program Fun Walk 3KM (10,000 langkah) yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Pembinaan Tebingan Sungai Krian (waterfront) di Pekan Saratok yang bakal dilaksanakan menerusi Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) dijangka menjadi pemangkin baharu kepada gaya hidup sihat dan pembangunan rekreasi masyarakat di daerah ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek tersebut akan menyediakan laluan pejalan kaki sepanjang 530 meter bagi membolehkan penduduk setempat menjalankan aktiviti riadah dengan lebih selesa dan selamat.

Menurut beliau, kemudahan itu bukan sahaja memberi ruang kepada masyarakat untuk beriadah, malah mampu memperindah landskap kawasan tebing Sungai Krian sebagai lokasi tarikan awam.

MOHAMAD Duri semasa merasmikan pelepasan peserta Program Fun Walk 3KM (10,000 langkah) yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka

“Kesihatan merupakan aspek yang sangat penting dalam kehidupan seharian dan perlu diberi keutamaan oleh masyarakat masa kini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan pelepasan peserta Program Fun Walk 3KM (10,000 langkah) yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam.

Tambah beliau, pembinaan tebingan tersebut kelak akan memberi peluang kepada orang ramai menikmati pemandangan sungai yang indah sambil melakukan aktiviti seperti berjalan kaki dan berjoging.

MOHAMAD Duri semasa merasmikan pelepasan peserta Program Fun Walk 3KM (10,000 langkah) yang berlangsung di Pentas Utama Sri Kalaka, semalam. Foto: ADUN Kalaka

Dalam masa sama, beliau memuji usaha penganjur dalam melaksanakan program riadah seperti fun walk yang mampu meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan.

Program anjuran Ahli Lembaga Pelawat Hospital Saratok dengan kerjasama Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Saratok itu berjaya menarik penyertaan seramai 153 peserta.

Acara dimulakan dengan sesi senamrobik sebelum majlis perasmian yang turut dihadiri Pengarah Hospital Saratok, Dr. Dayang Suhaila Abang Mohamed serta Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Saratok, Yusuf Terang.

Selepas perasmian, peserta dilepaskan untuk berjalan sejauh 3.5 kilometer melalui laluan sekitar Kampung Melango, Kampung Pagan dan Pekan Saratok.

Mohamad Duri berharap lebih banyak program seumpama itu dapat dianjurkan pada masa akan datang, seiring dengan pembangunan kemudahan awam seperti Tebingan Sungai Krian demi kesejahteraan masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rombongan Pesuruhjaya Polis Sarawak tinjau keperluan IPD Lawas
Next: Rumah panjang baharu bawa sinar Gawai 2026 kepada penduduk Tembawai Kapok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.