Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Tebingan Saratok bakal jadi ikon baharu, pacu pembangunan daerah
  • Tengah
  • WILAYAH

Tebingan Saratok bakal jadi ikon baharu, pacu pembangunan daerah

Utusan Sarawak 14 hours ago
MOHAMAD Duri semasa menghadiri sesi libat urus mengenai cadangan kerja-kerja perlindungan tebing Sungai Krian yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Saratok, semalam. Foto: ADUN Kalaka

SARATOK: Tebingan Saratok (Waterfront Saratok) bakal muncul sebagai mercu tanda baharu di daerah ini apabila projek yang sekian lama dinantikan penduduk setempat bakal direalisasikan melalui Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) tidak lama lagi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri berkata, projek berimpak tinggi itu bukan sekadar pembangunan fizikal, malah menjadi pemangkin kepada perubahan landskap ekonomi dan sosial Saratok.

Menurutnya, pembinaan tebingan tersebut akan menghidupkan semula kawasan Sungai Krian dan menjadikannya destinasi tumpuan baharu.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sesi libat urus mengenai cadangan kerja-kerja perlindungan tebing Sungai Krian yang diadakan di Dewan Pejabat Daerah Saratok, semalam.

Sesi itu turut memberi ruang kepada semua pihak berkepentingan membincangkan aspek keselamatan, rekabentuk dan keperluan teknikal projek berkenaan.

PROJEK Tebingan Saratok dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi setempat serta destinasi pelancongan baharu. Foto: ADUN Kalaka

Sesi penerangan projek telah disampaikan oleh Mohd. Khairil Na’im daripada RKD Architects Sdn. Bhd. yang mengupas secara terperinci reka bentuk serta komponen utama pembangunan Tebingan Saratok. Penjelasan itu memberikan gambaran jelas kepada para tetamu mengenai potensi dan hala tuju projek.

Selain itu, satu sesi soal jawab turut diadakan bagi membolehkan para peserta mendapatkan maklumat tambahan berkaitan konsep dan rekabentuk tebingan tersebut. Wakil perunding tampil menjawab setiap persoalan bagi memastikan semua pihak memahami manfaat dan pendekatan pembangunan yang dirancang.

Menurut Mohamad Duri, pembinaan tebingan itu merupakan impian rakyat Saratok dan bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat, khususnya dalam sektor pelancongan.

Kehadiran pelawat serta pelancong luar dijangka meningkat apabila Saratok menawarkan wajah baharu yang lebih moden dan berdaya tarikan.

Beliau menambah, konsep Tebingan Saratok yang mesra alam serta sesuai bagi penganjuran acara seperti Regata dan lumba perahu akan memberikan nilai tambah kepada masyarakat setempat. Aktiviti-aktiviti itu bukan sahaja meningkatkan interaksi sosial, malah berpotensi menarik pelancong dari dalam dan luar daerah.

Dalam pada itu, beliau berharap agar proses tender dapat dilaksanakan pada tahun 2026 supaya projek tersebut boleh dimulakan secepat mungkin.

Katanya, pembangunan ini amat dinantikan oleh penduduk dan menjadi simbol kemajuan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kalaka.

Bagi mewakili rakyat, Mohamad Duri turut merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas kelulusan projek mega berkenaan.

Beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan BDDA atas komitmen menjadikan Saratok sebuah daerah yang lebih maju dan berdaya saing.

Turut hadir dalam sesi tersebut ialah wakil Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Bahagian Betong selaku agensi pelaksana, Lembaga Sungai-Sungai Sarawak, Majlis Daerah Saratok, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Kawasan Saratok, BDDA serta para perunding yang dilantik JPS.

Kehadiran pelbagai agensi ini menunjukkan komitmen menyeluruh ke atas pembangunan tebingan tersebut.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Cadangan pembinaan dewan berbumbung perkukuh kemudahan SK Dit
Next: Mong kagum projek dewan tadika baharu siap dengan dana RM50,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.