KUCHING, 7 Oktober: Tebedu menjadi satu-satunya kawasan di Sarawak yang merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan 128 setakat 4.00 petang hari ini.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), kesemua 20 kawasan lain yang dipantau mencatatkan bacaan pada tahap sederhana.
Serian merekodkan IPU 100, diikuti Lubok Antu 99, Betong 98 dan Kuching 97.
Sri Aman pula mencatat bacaan 92, Samarahan 90 dan Lundu 84, manakala Samalaju merekodkan IPU 80.
Bintulu mencatat bacaan 79, Sarikei dan Belaga masing-masing 77, Kanowit 76 serta Miri 73.
Mukah merekodkan IPU 72, ILP Miri 71, Lawas 69, Kapit 67 dan Sibu 66.
Limbang pula mencatat bacaan 65, manakala Bario merekodkan bacaan terendah dengan IPU 61.
Secara keseluruhan, tiada kawasan merekodkan tahap baik, sangat tidak sihat, berbahaya atau sangat berbahaya pada waktu berkenaan.
Mengikut kategori IPU, bacaan antara 51 hingga 100 diklasifikasikan sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.
IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemar udara yang paling dominan.





