Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teater Muzikal Kumang Keling angkat warisan seni Iban
  • TEMPATAN

Teater Muzikal Kumang Keling angkat warisan seni Iban

Utusan Sarawak 5 hours ago
POSTER Teater Muzikal Kumang Keling yang bakal ditayangkan esok dan Sabtu di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS).

KUCHING: Panggung Seni Tradisional 2025 bakal menampilkan persembahan Teater Muzikal Kumang Keling yang mengangkat kisah legenda cinta agung masyarakat Iban pada esok dan Sabtu di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak (SSeMS).

Malam kedua pementasan pada Sabtu ini akan diserikan dengan kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol serta Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Gerald Rentap Jabu.

Dianjurkan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sarawak dengan kerjasama Kampung Budaya Sarawak dan Pertubuhan Teater Sanggar Kreatif Kuching, teater arahan Tini Tyrani Adurahman ini bertujuan memperkasakan seni persembahan tradisional agar kekal relevan kepada generasi muda.

Antara barisan pelakon utama ialah Anding Indrawani, Lorna Lamban Walter, Azam Pitt dan Ricky Raca Kimwah.

Tiket berharga RM20 dan RM50 boleh didapati melalui imbasan kod QR atau menghubungi Wendy (019-8836144), Fatin (014-5967837) dan Dewi (011-10012909).

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Taman Awam BDC berwajah baharu, lebih mesra komuniti
Next: Kapit menuju bandar moden melalui pembangunan berimpak tinggi – Premier Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.