Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TCCS Marine sasar 2,000 pelajar, bukti minat tinggi bidang maritim
  • Tengah
  • WILAYAH

TCCS Marine sasar 2,000 pelajar, bukti minat tinggi bidang maritim

Utusan Sarawak 6 hours ago
UNTUK ALBUM… Para pelajar TCCS merakam kenangan bersama pada majlis berbuka puasa yang diadakan di Udak Ballroom semalam.

SIBU: Peningkatan mendadak minat terhadap bidang maritim mendorong Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd menyasarkan hampir 2,000 penyertaan pelajar tahun ini.

Pengarah Pengajiannya, Kapten Budyuzaman Abu Seman berkata, trend peningkatan itu jelas menunjukkan keyakinan ibu bapa dan pelajar terhadap prospek kerjaya dalam industri perkapalan moden.

Menurutnya, sejak penubuhan pada 2024, jumlah penyertaan mencatat pertumbuhan ketara setiap tahun.

“Ketika mula dibuka pada 2024, jumlah penyertaan sekitar 300 hingga 400 orang. Tahun lepas meningkat kepada lebih 1,000 peserta dan tahun ini dijangka mencecah hampir 2,000 peserta.

“Alhamdulillah, peningkatan ini amat memberangsangkan dan kami berterima kasih kepada semua pihak yang terus memberi sokongan kepada TCCS,” katanya ketika ditemui pada majlis Berbuka Puasa TCCS di Udak Ballrooms di sini, semalam.

Tambah beliau, sokongan pelbagai pihak termasuk Jabatan Laut Malaysia turut menjadi faktor penting dalam perkembangan institut tersebut.

Dalam perkembangan sama, beliau menekankan kepentingan penyesuaian teknologi dalam latihan perkapalan selaras dengan keperluan industri semasa.

“Industri kini berkembang pesat dengan teknologi baharu. Justeru, pelajar perlu berdisiplin dan mempunyai asas ilmu yang kukuh terutama dalam aspek keselamatan, pemodenan termasuk kecerdasan buatan (AI),” ujarnya.

Menurutnya lagi, pendekatan pelbagai disiplin diterapkan bagi melahirkan graduan yang bukan sahaja mahir dalam pelayaran, malah mampu memegang pelbagai peranan di atas kapal.

Turut hadir Pengarah Urusan Institut Latihan TCCS Marine Sdn Bhd, James Ho.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Permintaan air melebihi kapasiti punca gangguan bekalan di Stumbin dan Tanjung Bijat
Next:
GPS salur peruntukan pembangunan dan kebajikan rakyat secara telus

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.