Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TBS santuni asnaf melalui Program Kasih Ramadan
  • Utara
  • WILAYAH

TBS santuni asnaf melalui Program Kasih Ramadan

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUMBANGAN TBS… Nor Nadiah menyampaikan sumbangan kepada asnaf yang hadir.

LAWAS: Pejabat Perhubungan Tabung Baitulmal Sarawak(TBS) Daerah Lawas telah mengadakan majlis iftar untuk 18 keluarga asnaf di Lawas.

Ketua Bahagian TBS Limbang Nor Nadiah Abas telah hadir menyerahkan bantuan kewangan berjumlah RM14, 950 kepada 18 keluarga pada majlis berkenaan.

MOHON KEBERKATAN… Nor Nadiah bersama kakitangan TBS menadah tangan memula majlis dengan bacaan doa.

“Secara keseluruhan pejabat Perhubungan TBS Daerah Lawas akan mengagihkan bantuan kewangan berjumlah RM38, 950 kepada 55 penerima terdiri daripada ketua keluarga dan mereka yang dalam tanggungan dibawah Bantuan Sarahidup TBS sepanjang Ramadan dan Aidilfitri, ” katanya pada majlis iftar yang diadakan di sebuah restoran di Lawas petang semalam.

Bagi memudahkan masyarakat membayar zakat fitrah, Pejabat Perhubungan TBS Lawas telah menyediakan seramai 42 amil zakat fitrah yang bertauliah di Daerah Lawas.

IFTAR…Para asnaf dan jemputan kelihatan menjamu selera bersama sahabat dan keluarga.

“Para amil ini telah ditempatkan di masjid, surau dan beberapa lokasi yang strategik bagi memudahkan masyarakat Islam menunaikan zakat fitrah,” ujarnya.

Setakat 31 Januari 2026, TBS telah mengagihkan sejumlah RM9. 93 juta kepada para asnaf seluruh Sarawak yang layak melalui empat program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam, Program Mantapkan Kebajikan Ummah dan Program Peningkatan Kemahiran Ummah.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penerima bantuan TBS dinasihat berhemah sempena Ramadan dan Aidilfitri
Next: Peruntukan MRP dan RTP bantu naik taraf kemudahan di N41 Kuala Rajang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.