Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TBBC Sri Aman tuai lima emas, empat perak, empat gangsa 
  • SUKAN

TBBC Sri Aman tuai lima emas, empat perak, empat gangsa 

Utusan Sarawak 17 hours ago
PASUKAN TBBC Sri Aman mencatatkan keputusan cemerlang pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4 apabila menuai lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa. Foto Adi Safarman

SIMANGGANG: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman berjaya menuai lima pingat emas, empat perak dan empat gangsa pada Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak Edisi Ke-4 yang berlangsung di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, malam tadi.

Lebih manis, seorang petinju, Muhammad Irfan Mohamad Ishak dinobat sebagai petinju terbaik bagi kategori junior.

Kejayaan gemilang itu sekali gus menjadikan TBBC Sri Aman sebagai antara pasukan paling cemerlang pada kejohanan berprestij yang menghimpunkan jaguh tinju dari seluruh negeri.

AWANGKU Hafizi Awang Azahari (lima kanan) merakamkan gambar bersama barisan jurulatih, petinju dan pengurusan pasukan TBBC Sri Aman. Foto Adi Safarman

Lima pingat emas disumbangkan oleh Muhammad Irfan Mohamad Ishak, Mohamad Zakwan Kamaruddin, Mohammad Rozmey Abdullah Roslan, Tristan Aeden Minggu dan petinju wanita, Eurenia Jackie Joachim yang masing-masing mempamerkan aksi penuh bertenaga sehingga mencuri perhatian penonton.

Sementara itu, empat pingat perak diraih oleh Lazelrius Chung Huang Sheng, Mohd Zulkarnain Iswandy, Darryl Sendys dan Mohammad Nur Faiz Mohammad Taib selepas perlawanan sengit menentang lawan masing-masing.

Tidak ketinggalan, empat pingat gangsa turut disumbangkan oleh Awang Muhd Afsyar Awang Zakaria, Nelson Nankai Sibat, Fikry Dainal Abdullah dan Feinstein Fabrian Dominic.

PETINJU wanita TBBC Sri Aman, Eurenia Jackie Joachim merangkul pingat emas. Foto Adi Safarman

Pengerusi TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata, kejayaan ini adalah hasil komitmen tinggi jurulatih serta semangat juang para peninju yang tidak pernah mengenal erti putus asa.

“Syukur Alhamdulilah ke atas pencapaian cemerlang TBBC Sri Aman pada kejohanan ini, kerja keras seluruh ahli pasukan terutama barisan kejurulatihan sentiasa komited dalam kejurulatihan, semangat kesukanan dan disiplin untuk semua petinju. 

“Kami bangga dengan pencapaian malam ini. Walaupun ada yang terpaksa berpuas hati dengan pingat perak dan gangsa, ia tetap membuktikan bahawa TBBC Sri Aman memiliki barisan pelapis yang mampu mengharumkan nama Sri Aman di peringkat lebih tinggi.

MUHAMMAD Irfan Mohamad Ishak dinobat sebagai petinju terbaik bagi kategori junior. Foto Adi Safarman

“Saya mendoakan agar TBBC Sri Aman terus cemerlang dan terbilang dalam usaha menghasilkan petinju muda terbaik yang mampu bersaing di peringkat tertinggi satu hari nanti,” katanya ketika ditemui Utusan Sarawak.

Sementara itu, Ketua jurulatih TBBC Sri Aman, Kamaruddin Mohammad berkata pencapaian luar biasa ini membuktikan hasil latihan intensif yang dijalankan selama ini membuahkan hasil.

“Setiap petinju menunjukkan peningkatan prestasi yang membanggakan. Kami akan terus memperkukuh latihan, termasuk aspek teknikal, fizikal dan mental bagi memastikan mereka lebih bersedia menghadapi kejohanan yang lebih besar pada masa akan datang,” ujarnya.

Kamaruddin turut berterima kasih kepada pengurusan serta barisan kejurulatihan yang di bantu oleh tujuh jurulatih iaitu Joe Engkujat, Mohamad Ishak Wahab, Bibi Nurfaezah Md. Mujahidin Sonata, Siti Nur Azhyani Sukor, Mohd Azlan Shah Ismadi dan Minggu Atong yang telah melakukan persiapan anak-anak buahnya menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu sehingga membuahkan hasil yang membanggakan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Onana atau Bayindir, Amorim masih berteka-teki untuk berdepan Fulham
Next: Chelsea benam West Ham, catat kemenangan pertama musim ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.