Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • TBBC Sri Aman terus unggul, lahirkan bakat tinju bertaraf kebangsaan
  • Tengah
  • WILAYAH

TBBC Sri Aman terus unggul, lahirkan bakat tinju bertaraf kebangsaan

Utusan Sarawak 1 week ago
AWANGKU Hafizi (duduk, tiga dari kiri) pada Majlis Malam Penghargaan TBBC Sri Aman yang diserikan dengan kehadiran ikon tinju negara, Kilat Boy (duduk tengah) di Simanggang, malam ini. Foto: Adi Safarman

SIMANGGANG: Segalanya bermula pada akhir Mei tahun lalu, apabila perjumpaan pertama bersama jurulatih dan lawatan ke Gimnasium Kampung Tengah Simanggang menjadi titik tolak penubuhan Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman, yang kini melahirkan bakat tinju bertaraf negeri dan kebangsaan.

Presiden TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata majlis malam ini bukan sekadar Malam Penghargaan, tetapi malam mengenang perjuangan serta semangat yang membakar permulaan perjalanan TBBC sejak Mei tahun lalu.

“Malam ini bukan sekadar Majlis Malam Penghargaan. Malam ini adalah malam mengenang perjuangan, meraikan semangat, dan menyemarakkan semula api juang yang membawa TBBC ke pentas negeri dan kebangsaan,” katanya ketika berucap pada majlis itu malam ini.

Awangku Hafizi berkata TBBC bermula di bawah Program Belia Unggul Komuniti Utuh dan Teguh (BUKUT) anjuran Megah Armada Sdn. Bhd yang dilaksanakan dalam dua fasa, dimana fasa pertama mengangkat nama TBBC, manakala fasa kedua memperkukuh fasiliti latihan, pengurusan serta pembangunan bakat baharu.

Kini, TBBC tampil lebih tersusun dan mantap dengan struktur kelab mengikut perlembagaan serta tatacara pengurusan persatuan. Latihan fizikal dan teknikal dijalankan tiga jam sehari, tiga kali seminggu, dan kelab kini mempunyai 152 ahli berdaftar.

TBBC bukan sahaja fokus kepada kejohanan, tetapi turut aktif dalam program komuniti seperti gotong-royong, latihan terbuka di Tebingan Sri Aman dan program motivasi bersama ikon tinju negara, Daeloniel Mcdelon atau ‘Kilat Boy’, yang menginspirasikan generasi muda melalui inisiatif ‘Tinju Benci Buli’.

Sepanjang 2024 hingga 2025, TBBC merekodkan deretan pencapaian membanggakan, antaranya juara keseluruhan Kategori Junior di Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan 2025 di Sibu dengan tiga emas, tujuh perak dan empat gangsa.

Selain itu, kejayaan meraih lima emas, empat perak dan empat gangsa di Kejohanan Tinju Terbuka Sarawak 2025 (Edisi Ke-4) di Sri Aman, termasuk peninju muda Muhammad Irfan Mohamad Ishak dinobatkan Peninju Terbaik dalam kejohanan itu dan tujuh emas dan sembilan perak di Mid-Autumn Friendly Match Boxing/Kickboxing di Kuching.

Selain itu juga, TBBC turut menjalankan lawatan penanda aras ke Pusat Tinju Sarawak dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC), serta mengadakan program School of Boxing 101 bersama jurulatih berpengalaman seperti Mohamad Helman Morni, Wilbur Andogan dan Reynaldo Inocian.

Awangku Hafizi turut menzahirkan penghargaan kepada semua jurulatih, ahli jawatankuasa, penaja dan rakan strategik yang menjadi tulang belakang kejayaan TBBC.

“Anda semua bukan sekadar penaja, anda adalah rakan seperjuangan yang membantu membina masa depan sukan tinju di Sri Aman,” ujarnya.

Antara penaja utama ialah Chang Chung Tyres, Kelab Belia Transformasi Aktif Simanggang (KBTAS), Awada Food Court, SME Sdn. Bhd dan Yus Mini Market.

Turut hadir ikon tinju negara, Kilat Boy, Ketua jurulatih tinju Sarawak, Mohamad Helman Morni, jurulatih tinju Sarawak lain seperti Wilbur Andogan, Reynaldo Inocian, Jeremy Aaron Leo, Ketua Jurulatih TBBC, Kamaruddin Mohamad serta barisan jurulatih TBBC.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Projek RTP terus dilaksana demi kesejahteraan rakyat 
Next: Semangat dan disiplin TBBC cerminan masa depan tinju Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.