Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TBBC Sri Aman terus mengorak langkah tumpuan pembangunan bakat
  • SUKAN

TBBC Sri Aman terus mengorak langkah tumpuan pembangunan bakat

Utusan Sarawak 17 hours ago
PERTEMBUNGAN hangat di antara TBBC Sri Aman telah menentang Akademi Tinju Joe’s (JAB) Sibu dalam perlawanan persahabatan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, kelmarin. Foto TBBC Sri Aman

SIMANGGANG: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman terus mengorak langkah strategik dalam membina masa depan sukan tinju dengan memberi tumpuan kepada pembangunan bakat seawal usia kanak-kanak. 

Pendekatan berfokus akar umbi ini diyakini menjadi kunci melahirkan jaguh pelapis yang mampu mengharumkan nama negeri dan negara di pentas antarabangsa suatu hari nanti.

Presiden TBBC Sri Aman, Awangku Hafizi Awang Azahari berkata, usaha membimbing petinju muda bermula daripada peringkat awal amat penting kerana ia mampu membentuk asas disiplin, kemahiran teknikal dan ketahanan mental sejak usia kecil. 

Menurutnya, semakin awal pendedahan diberikan, semakin besar peluang untuk seseorang atlet menguasai sukan ini secara profesional.

“Tinju bukan sekadar sukan yang menguji kekuatan fizikal, tetapi ia adalah seni yang menuntut kesabaran, strategi, dan daya tahan minda. 

“Sebab itu, TBBC meletakkan asas latihan yang seimbang antara kecergasan, teknik dan nilai murni supaya anak-anak ini bukan sahaja menjadi petinju hebat, tetapi juga insan berdisiplin,” katanya.

Dalam pada itu, kelmarin satu pertembungan hangat di antara TBBC Sri Aman telah menentang Akademi Tinju Joe’s (JAB) Sibu dalam perlawanan persahabatan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman.

Mengulas lanjut, Awangku Hafizi berkata misi serta visi TBBC bukan semata-mata untuk memburu pingat semata-mata, tetapi membentuk generasi muda yang berdaya saing, yakin diri serta menjauhkan mereka daripada pengaruh negatif. 

PERTEMBUNGAN hangat di antara TBBC Sri Aman telah menentang Akademi Tinju Joe’s (JAB) Sibu dalam perlawanan persahabatan di Dewan Tertutup Kompleks Sukan Sri Aman, kelmarin. Foto TBBC Sri Aman

Bagi mengukuhkan pelaksanaan program, Awangku Hafizi berkata TBBC bakal menjalin kerjasama dengan sekolah-sekolah sekitar Bahagian Sri Aman dalam usaha mengesan bakat baharu yang boleh digilap. 

Malah, sokongan ibu bapa semakin jelas apabila mereka melihat perubahan positif terhadap anak-anak dari segi disiplin, kesihatan serta keyakinan diri setelah mengikuti latihan bersama kelab.

Bagi visi jangka panjang, TBBC Sri Aman bertekad melahirkan lebih ramai jaguh tempatan yang mampu bersaing di peringkat negeri, kebangsaan bahkan antarabangsa. 

Awangku Hafizi optimis bahawa melalui dedikasi berterusan, sokongan komuniti serta keberanian generasi muda, Sri Aman mampu dikenali sebagai salah satu pusat kelahiran bintang tinju negara pada masa depan.

Dalam pada itu, TBBC Sri Aman yang telah ditubuhkan pada 17 Oktober 2023, kini mempunyai 108 orang ahli pelbagai peringkat umur dan mempunyai seramai 11 orang jurulatih serta pengurusan.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Regu KESTAP B muncul juara Pertandingan Sepak Takraw Kabong
Next: Perpaduan adalah kemenangan sebenar buat Pearly-Thinaah, lambang kekuatan Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.