Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • TBBC Sri Aman juara keseluruhan kategori junior tinju kebangsaan
  • SUKAN

TBBC Sri Aman juara keseluruhan kategori junior tinju kebangsaan

Utusan Sarawak 5 hours ago
TINJU….Kamaruddin bersama barisan kejurulatihan dan petinju TBBC Sri Aman meraikan kejayaan mereka selepas dinobat juara keseluruhan kategori junior Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan, hari ini. Foto TBBC Sri Aman

SIBU: Kelab Tinju Tidal Bore (TBBC) Sri Aman mencipta sejarah tersendiri apabila muncul juara keseluruhan kategori junior dalam Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC) Sibu, hari ini.

Ia selepas kejayaan pasukan kendalian Kamaruddin Mohammad berjaya menuai tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan empat pingat gangsa.

Tiga pingat emas diperolehi oleh Zaidatul Batrysia Kamaruddin menerusi kategori bakat 13-14 tahun wanita (44kg), Mohd Zulkarnain Iswandy kategori junior lelaki 15-16 tahun (54kg) dan Lazerius Chung Huang Sheng dalam kategori junior 15-16 tahun lelaki (63kg).

Sementara itu, tujuh pingat perak diperolehi petinju Muhammad Faiz Mohamad Taib dalam kategori bakat lelaki 13-14 Tahun (44kg), Nelson Nankai Sibat pada kategori junior 15 -16 tahun lelaki (50kg), Muhammad Irfan Mohamad Ishak (57kg), Tristan Aeden Minggu (67kg), Fenstein Fabrian Dominic (71kg), Eurenia Jackie Joachim dalam kategori remaja 17-19 tahun wanita (67kg) dan Mohamad Azimi Fridaus Saifudin dalam kategori remaja 17-19 tahun lelaki (86kg).

Manakala empat pingat perak diperolehi petinju Zarif Naqiu Abdullah dalam kategori bakat 13-14 tahun lelaki (32kg), Bellamy Simon Vivlington dalam kategori junior 15-16 Tahun Lelaki (52kg), Mohamad Zakwan Kamaruddin dalam kategori junior 15-16 tahun (60kg) dan Fikry Dainal Abdullah dalam kategori (71kg).

Ketua Jurulatih TBB Sri Aman, Kamaruddin begitu gembira dan teruja dengan pencapaian yang cemerlang para petinjunya dalam Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan di Sibu kali ini.

“Syabas dan tahniah kepada petinju-petinju muda kita kerana telah menghadiahkan tiga pingat emas, tujuh pingat perak dan empat pingat gangsa kepada TBBC Sri Aman dalam kejohanan kali ini.

“Lebih membanggakan, TBBC Sri Aman mencipta sejarah apabila muncul juara keseluruhan, ini adalah pencapaian terbaik pasukan kami setakat ini.

“Saya berharap kecemerlangan ini berterusan dan saya yakin kejohanan ini menjadi pentas pendedahan kepada petinju-petinju muda terutamanya TBBC Sri Aman yang telah mempamerkan bakat mereka dalam kategori masing-masing,” katanya.

Kamaruddin turut berterima kasih kepada pengurusan serta barisan kejurulatihan yang di bantu oleh empat jurulatih iaitu Joe Engkujat, Mohamad Ishak Wahab, Bibi Nurfaezah Md Mujahidin Sonata dan Siti Nur Azhyani Sukor yang telah melakukan persiapan anak-anak buahnya menjalani latihan sejak beberapa bulan lalu sehingga membuahkan hasil yang membanggakan.

Beliau berkata melalui penyertaan dalam kejohanan ini, TBBC Sri Aman berharap dapat meningkatkan pengalaman kepada petinju muda, sambil memberi peluang kepada mereka untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi serta membina keyakinan dan ketahanan mental.

Oleh Adi Safarman

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Gelanggang Badminton baharu bakal dibina di Saratok di bawah RTP 2026

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.