Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Taylor Swift raih anugerah artis terlaris 2025
  • HIBURAN

Taylor Swift raih anugerah artis terlaris 2025

Utusan Sarawak 9 hours ago
BINTANG pop Amerika Syarikat, Taylor Swift, dinobatkan sebagai artis global paling laris 2025. Foto AFP

LONDON, United Kingdom: Bintang pop Amerika Syarikat, Taylor Swift, dinobatkan sebagai artis global paling laris 2025, umum Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografik (IFPI) semalam sekali gus menjadikannya tahun keempat berturut-turut dan kali keenam beliau memenangi anugerah tahunan berkenaan.

Kejayaan penyanyi berusia 36 tahun itu didorong pelancaran album terbaharunya pada Oktober lalu, The Life of a Showgirl, yang mencatat beberapa rekod penstriman, selain penerbitan siri dokumentari mengenai jelajahnya yang memecah rekod, The Eras Tour.

“2025 merupakan satu lagi tahun bersejarah (buat Swift), didorong oleh penglibatan luar biasa di seluruh dunia merentas penstriman serta format fizikal dan digital susulan pelancaran album ke-12 beliau serta dokumentari jelajahnya,” kata IFPI.

Badan yang mewakili industri muzik rakaman global itu menyatakan Swift kini memenangi anugerah artis tahunan tertingginya sebanyak gabungan semua artis lain sepanjang 10 tahun lalu.

IFPI menganugerahkan Artis Global Terbaik Tahun Ini selepas mengira jualan seluruh dunia seseorang artis atau kumpulan, merangkumi penstriman, muat turun dan format muzik fizikal sepanjang tahun kalendar, termasuk keseluruhan katalog karya mereka.

Swift menewaskan kumpulan Korea Selatan, Stray Kids, yang menduduki tempat kedua, pencapaian tertinggi mereka setakat ini dan tahun ketiga berturut-turut berada dalam kelompok lima teratas global.

Segar daripada persembahan separuh masa Super Bowl, artis Puerto Rico, Bad Bunny, berada di tempat kelima, menandakan tahun keenam berturut-turut beliau berada dalam carta berkenaan.

Rapper Amerika, Tyler, The Creator, membuat kemunculan sulung dalam carta di tempat ke-12, dengan IFPI menyatakan beliau “terus menjana jualan vinil yang kukuh merentas katalognya”.

Sementara itu, kumpulan rock Jepun, Mrs. Green Apple, turut memasuki carta buat kali pertama, satu anak tangga di bawahnya, susulan apa yang disifatkan IFPI sebagai “kejayaan album ulang tahun mereka ‘10’”. – AFP

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Qasrina Karim keluar zon selesa, cabar diri bawa watak lebih berat
Next: Suara mirip arwah Asri Rabbani, bilal masjid curi tumpuan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.