Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • Tawaran kemasukan tingkatan enam boleh disemak mulai esok
  • PENDIDIKAN

Tawaran kemasukan tingkatan enam boleh disemak mulai esok

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM).

KUALA LUMPUR: Semakan tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2025 boleh dibuat secara dalam talian mulai esok melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/ atau melalui sekolah asal masing-masing.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bagi pelajar yang tidak menerima tawaran, rayuan boleh dibuat mulai 19 hingga 25 Mei ini manakala keputusan rayuan boleh disemak melalui kaedah sama pada 3 Jun.

“Mulai 2025, KPM juga akan melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

“Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM). Dua bidang pengajian ditawarkan iaitu sains dan sains sosial,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan untuk kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di universiti awam mulai 19 hingga 25 Mei ini.

“Keputusan kemasukan ke program ini boleh disemak pada 3 Jun melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/,” menurut KPM.
KPM memaklumkan semua pelajar yang menerima tawaran ke Tingkatan Enam perlu melapor diri di Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran pada 10 Jun. – Bernama

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: ADUN Repok sumbang 848 beg sekolah kepada pelajar SMK Tinggi Sarikei
Next: 49 pelajar SMK Bukit Assek terima insentif

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.