Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tawaran gaji lumayan AS$2,500 sebulan, lelaki terperangkap penipuan pekerjaan
  • JENAYAH

Tawaran gaji lumayan AS$2,500 sebulan, lelaki terperangkap penipuan pekerjaan

Utusan Sarawak 4 hours ago
GAMBAR hiasan.

LAWAS: Seorang lelaki menjadi mangsa kes penipuan pekerjaan yang menawarkan gaji lumayan sebanyak AS$2,500 sebulan.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan, memaklumkan bahawa pada 1 April 2026, kira-kira 9.16 pagi, pihak polis telah menerima laporan berhubung penipuan tawaran pekerjaan yang membabitkan seorang mangsa warganegara tempatan berusia 39 tahun.

“Pengadu menyatakan bahawa pada 1 November 2025, ketika berada di rumah, beliau menerima tawaran pekerjaan melalui satu kumpulan WhatsApp yang menawarkan gaji sebanyak AS$2,500 sebulan.

“Pengadu diminta membuat pembayaran bagi urusan visa kerja dan telah menyerahkan bayaran sebanyak RM1,500. Namun, individu yang berurusan dengannya gagal dihubungi selepas itu. Akibat kejadian ini, pengadu mengalami kerugian sebanyak RM1,500,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sementara itu polis telah menahan seorang lelaki bertempat di hadapan sebuah rumah di tepi jalan Trusan Lawas.

Lelaki tempatan berusia 33 tahun kerja sebagai buruh itu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah. Pemeriksaan badan tidak menjumpai barang salah atau dadah. Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Amp & Meth.

Semakan kesalahan lampau mendapati suspek mempunyai satu kesalahan lampau. Kes disiasat mengikut seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Oleh Adeng Edrus

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki lepaskan tembakan rambang positif dadah
Next: Padah seludup migran, empat lelaki ditahan dalam Operasi Khas di Engkilili

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.