Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tawar vaksin Covid-19 berasaskan protein
  • GLOBAL

Tawar vaksin Covid-19 berasaskan protein

Utusan Sarawak 3 years ago

SEORANG lelaki menerima suntikan vaksin Covid-19 di sebuah pusat kesihatan di Duesseldorf, barat Jerman.
• Foto AFP

BERLIN: Jerman bakal menawarkan vaksin Covid-19 berasaskan protein kepada penduduk negara itu bermula minggu ini.  

Langkah itu dilaksanakan dengan harapan dapat mempengaruhi golongan individu yang masih ragu-ragu terhadap teknologi mRNA yang digunakan dalam vaksin selesema konvensional.    

Lapor AFP Menteri Kesihatan Jerman, Karl Lauterbach berkata, kira-kira 1.4 juta dos vaksin Nuvaxovid keluaran syarikat bioteknologi, Novavax yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) akan tiba di negara itu pada minggu ini.

Katanya, sejuta dos lagi dijangka tiba pada minggu seterusnya, dengan jumlah keseluruhan tempahan Jerman bagi tahun ini adalah sebanyak 34 juta dos.    

Setakat ini, produk syarikat Novavax itu hanya digunakan di Indonesia dan Filipina.

Namun, vaksin itu dibenarkan untuk kegunaan di Kesatuan Eropah (EU) pada Disember tahun lalu.

Ketika ini, ia masih menunggu kebenaran di Amerika Syarikat (AS) berikutan wujudnya kebimbangan mengenai kapasiti pengeluaran syarikat itu.

Berbeza dengan vaksin mRNA yang dibangunkan Pfizer-BioNTech dan Moderna atau vektor virus dihasilkan oleh AstraZeneca dan Johnson & Johnson (J&J), Nuvaxovid merupakan vaksin subunit protein.

Ia mengandungi komponen tidak berjangkit pada permukaan virus Sars-CoV-2 yang mendorong tindak balas imun perlindungan apabila sel imun badan bersentuhan dengannya.

Pada Jun tahun lalu, Novavax mengumumkan vaksin keluaran syarikatnya terbukti 90 peratus lebih berkesan terhadap jangkitan gejala dengan varian Alpha, dalam satu ujian klinikal membabitkan hampir 30,000 sukarelawan di AS dan Mexico.

Menurut syarikat itu, produknya juga menunjukkan keberkesanan sama terhadap varian Delta dan Omicron terutamanya selepas dos penggalak diberikan dalam tempoh enam bulan setelah suntikan kedua vaksin. 

Sementara itu, Institut Paul Ehrlich mendapati data mengenai keberkesanan vaksin terhadap lebih banyak varian berjangkit, masih terhad. – AFP

Continue Reading

Previous: Covid-19 ditemui pada bungkusan daging, kulit babi beku import
Next: 800,000 hektar kawasan dijilat api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.