Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Peipah landa barat Jepun
  • GLOBAL

Taufan Peipah landa barat Jepun

Utusan Sarawak 10 hours ago
TAUFAN Peipah melanda Wilayah Wakayama.

TOKYO: Taufan Peipah melanda Wilayah Wakayama, barat Jepun pada pagi Jumaat, dan dijangka membawa hujan lebat di kawasan luas dengan risiko banjir serta tanah runtuh, lapor Xinhua.

Menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), taufan ke-15 musim ini mula melanda Wilayah Kochi di pulau utama Shikoku sekitar 1 pagi waktu tempatan Jumaat sebelum bergerak ke timur sepanjang pantai Pasifik, dan melanda sekali lagi bahagian utara Wilayah Wakayama sekitar 9.00 pagi.

Peipah kini bergerak ke arah timur sepanjang pantai Pasifik Jepun dan dijangka tiba di wilayah Kinki, Tokai, Kanto-Koshin dan Tohoku menjelang petang Jumaat.

Dalam tempoh 24 jam sehingga pagi Sabtu, sehingga 300 milimeter (mm) hujan dijangka di wilayah Kanto-Koshin termasuk Tokyo, dengan 250mm diramalkan di kawasan Tokai, dan 150mm di wilayah Kinki, menurut JMA.

Dengan hujan lebat dijangka melanda kawasan luas termasuk wilayah timur laut Tohoku hingga barat Kinki, pihak berkuasa cuaca menggesa orang ramai agar berwaspada terhadap tanah runtuh, banjir di kawasan rendah serta limpahan sungai. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump akan tukar nama Jabatan Pertahanan AS kepada ‘Jabatan Perang’
Next: Bas terjunam ke gaung di Sri Lanka, 15 maut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.