Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Matmo ragut 8 nyawa di Vietnam
  • GLOBAL

Taufan Matmo ragut 8 nyawa di Vietnam

Utusan Sarawak 4 hours ago

KENDERAAN melalui jalan yang banjir akibat hujan lebat yang disebabkan oleh Ribut Tropika Matmo di Hanoi pada selasa lalu. Foto AFP

HANOI: Hujan lebat dan banjir yang dicetuskan oleh Taufan Matmo mengorbankan lapan orang dan mencederakan lima yang lain di Vietnam, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Daik negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Lebih 15,700 rumah dilanda banjir dan lebih 400 lagi rosak, manakala lebih 14,600 hektar tanaman padi dan hasil pertanian lain turut ditenggelami air, menurut agensi berkenaan.

Selain itu, lebih 97,000 ternakan dan ayam itik dilaporkan mati atau dihanyutkan air, sementara banjir, tanah runtuh dan gangguan lalu lintas berlaku di 602 lokasi di wilayah pergunungan utara serta kawasan utara-tengah negara itu.

Pada Selasa, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh mengeluarkan arahan segera supaya usaha dipertingkat untuk mencegah banjir kilat dan tanah runtuh serta memastikan keselamatan penduduk di kawasan terjejas, menurut laporan itu.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Landasan Phuket ditutup selepas pesawat tentera alami masalah pendaratan
Next: Hadiah Nobel Kimia dianugerahkan kepada tiga ahli sains hasilkan kerangka logam-organik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.