



TOKYO: Taufan kuat melanda wilayah pulau Okinawa di selatan Jepun pada Sabtu, menjejaskan beberapa penerbangan dan mendorong agensi cuaca mengeluarkan amaran tanah runtuh dan banjir, lapor Kyodo News.
Taufan Bavi diramal membawa angin kencang yang berpotensi merosakkan rumah, selain ombak tinggi dengan risiko banjir di kawasan rendah berhampiran pantai dan sungai, menurut Agensi Meteorologi Jepun.
Ia dijangka melanda Kepulauan Sakishima dan bergerak keluar dari Jepun.
Setakat 6.00 pagi, taufan kesembilan musim itu bergerak dengan kelajuan kira-kira 20 kilometer sejam (kph) ke timur-barat daya Pulau Miyako di Okinawa, membawa angin berkelajuan sehingga 216 kph. – Bernama-Kyodo