Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Koto melemah, ubah haluan, terus bergerak perlahan
  • GLOBAL

Taufan Koto melemah, ubah haluan, terus bergerak perlahan

Utusan Sarawak 56 mins ago

HANOI: Taufan Koto dijangka berada di perairan barat Laut Timur tengah Vietnam menjelang 4.00 pagi pada 29 November, kira-kira 260 kilometer (km) ke barat laut pulau Song Tu Tay, menurut Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan.

Taufan itu bergerak ke arah barat pada kelajuan kira-kira tiga km sejam sambil terus melemah, dengan angin kencang maksimum sekitar 100 km sejam dengan tiupan angin secara tiba-tiba mencecah sehingga 150 km sejam, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Kawasan terjejas termasuk perairan utara zon khas Truong Sa, dengan tahap risiko bencana tiga (amaran tahap sederhana).

Pengarah Pusat Ramalan Hidro-Meteorologi Kebangsaan, Mai Van Khiem, berkata pada malam 27 November dan awal pagi 28 November, Taufan Koto bergerak perlahan ke arah barat-barat daya dengan intensiti menurun satu tahap berbanding hari sebelumnya.

Menurut ramalan, taufan itu akan terus mengubah haluannya dalam tempoh tiga hari akan datang. Pada 29 November, ia dijangka beralih ke utara, kemudian ke barat pada 30 November dan pada 1 Disember, ke barat-barat daya,” kata Khiem.

Secara purata, taufan itu melemah kira-kira satu tahap setiap hari dan berkemungkinan menurun menjadi lekukan tropika apabila menghampiri perairan pantai Quang Ngai – Dak Lak, katanya.

Menjelang ketibaan Taufan Koto, Kementerian Pertahanan Vietnam telah mengeluarkan arahan segera yang menghendaki semua pasukan untuk mencegah dan bertindak balas secara proaktif.- Bernama-VNA

Continue Reading

Previous: Puluhan maut ketika banjir melanda Asia Tenggara

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.