Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan In-Fa badai timur China
  • GLOBAL

Taufan In-Fa badai timur China

Utusan Sarawak 4 years ago

People cross the street in the wind and rain along in Ningbo on July 25, 2021, as Typhoon In-Fa lashes the eastern coast of China. (Photo by Hector RETAMAL / AFP)

ORANG ramai meredah hujan lebat dan angin kencang di Ningbo, semalam, berikutan Taufan In-Fa membadai pantai timur China.• Foto AFP

NINGBO: Taufan In-Fa membadai timur China dengan membawa angin kencang dan hujan lebat, semalam, ketika kerja pembersihan giat dijalankan di kawasan lain susulan ditimpa banjir antara terburuk dalam sejarah.

Laluan udara, air dan rel di sepanjang pantai timur China sudah ditutup, dengan Taufan In-Fa dijangka melanda berhampiran pelabuhan utama di Ningbo.

Kesan taufan berkenaan dirasai di Shanghai, pagi tadi, apabila bandar metropolis terbesar China itu berdepan angin kencang dan hujan berterusan.

Semua penerbangan membabitkan dua lapangan terbang antarabangsa di bandar itu dibatalkan, hari ini, begitu juga puluhan jadual perjalanan kereta api.

Aktiviti di pelabuhan Shanghai dan Ningbo – antara dua terbesar di dunia – turut dihentikan.

Beberapa destinasi tarikan awam di Shanghai dan bandar lain meliputi taman tema Disneyland Shanghai ditutup, manakala penduduk diberi amaran supaya tidak melakukan sebarang aktiviti luar.

Minggu lalu, wilayah Henan menerima hujan lebat yang bersamaan taburan hujan setahun, dalam tempoh hanya tiga hari yang mengorbankan sekurang-kurang 58 mangsa.

Jutaan lagi penduduk terkesan selepas terperangkap dalam banjir tanpa bekalan air bersih serta makanan selama berhari-hari, sementara ekonomi mengalami kerugian berbilion dolar.

Pihak berkuasa meteorologi China berkata, Taufan In-Fa dijangka melemah selepas kemuncak badai, namun boleh terus melanda sebahagian besar kawasan timur negara ini selama beberapa hari dengan hujan lebat, termasuk kemungkinan meliputi kawasan yang sedang pulih daripada banjir buruk pada minggu lalu. – AFP

Continue Reading

Previous: Hospital Al-Wadi Mina sedia terima pesakit
Next: Misi menyelamat mangsa banjir diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.