Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Taufan Halong ragut 1 nyawa, lebih 1,500 orang dipindahkan di barat Alaska
  • GLOBAL

Taufan Halong ragut 1 nyawa, lebih 1,500 orang dipindahkan di barat Alaska

Utusan Sarawak 3 days ago
PULUHAN diselamatkan di barat Alaska selepas Taufan Halong melanda barat Alaska hujung minggu lalu, meragut satu nyawa dan memaksa lebih 1,500 penduduk berpindah.

ALASKA: Taufan kuat dinamakan Halong melanda barat Alaska hujung minggu lalu, meragut satu nyawa dan memaksa lebih 1,500 penduduk berpindah, lapor Anadolu Ajansi.

Pihak berkuasa berkata hujan lebat dan angin kencang telah menyebabkan banjir teruk di beberapa kawasan pesisir pantai. Seramai 51 orang diselamatkan daripada paras air yang meningkat, manakala seorang mangsa ditemukan maut selepas dihanyutkan arus.

Pegawai melaporkan beberapa rumah tercabut daripada asasnya dan dihanyutkan air banjir, manakala beberapa perkampungan pula ditenggelami air sepenuhnya. Pusat perlindungan kecemasan dibuka dan penduduk yang dipindahkan ditempatkan di bandar serta pekan berdekatan.- Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: AirAsia X sasar lebih banyak destinasi penerbangan ke Asia Tengah
Next: Serangan beruang di Jepun ragut tujuh nyawa tahun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.