



TAIPEI: Taufan Fung-wong melanda kawasan Pingtung di selatan Taiwan sekitar 7.40 malam Rabu, menurut pihak berkuasa meteorologi pulau itu.
Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran angin kencang untuk beberapa bahagian di Daerah Penghu, manakala kawasan lain dijangka mengalami cuaca buruk.
Antara wilayah yang dijangka menerima hujan lebat ialah Keelung, Kaohsiung, Pingtung, Yilan, Hualien, Taitung dan kawasan pergunungan sekitar Taipei.
Setakat 5.00 petang Rabu, taufan itu mengakibatkan kerugian pertanian mencecah 11.22 juta Dolar New Taiwan (kira-kira AS$360,000), menurut pihak berkuasa pertanian.- Bernama-Xinhua