




ORANG ramai melindungi diri mereka daripada hujan dengan payung dan penutup hujan semasa Taufan Co-May di The Bund, di Shanghai pada 30 Julai lalu. Shanghai telah memindahkan hampir 283,000 orang dari kawasan pantai dan dataran rendah yang terdedah ketika Taufan Co-Mei menghampiri, membawa hujan lebat dan angin kencang 30 Julai, media negeri. Foto AFP
SHANGHAI: Taufan Co-May, iaitu taufan kelapan tahun ini, melanda buat kali kedua di Bandar Raya Shanghai, China Timur pada petang Rabu, selepas membadai kali pertama di Wilayah Zhejiang awal pagi Rabu, menurut pusat pemerhatian meteorologi Shanghai, lapor Xinhua.
Pusat Taufan Co-May (berstatus ribut tropika) membadai kali kedua di pesisir Daerah Fengxian, Shanghai kira-kira 4:40 petang. Ketika tiba, kelajuan angin maksimum berhampiran pusat taufan direkodkan pada 23 meter sesaat, dengan tekanan minimum pusat sebanyak 978 ‘hectopascals’.
Bagi menghadapi taufan itu, Daerah Fengxian membuat persiapan awal termasuk mengenal pasti risiko berpotensi serta menjalankan pemindahan dan penempatan semula penduduk daripada kawasan berbahaya.
Bermula Selasa, daerah itu menutup lokasi pelancongan dan membawa 71 bot nelayan ke pelabuhan untuk berlindung.
Sehingga 8.00 malam Selasa, seramai 15,172 orang dipindahkan dan ditempatkan semula di Daerah Fengxian, dengan 4,660 orang daripadanya ditempatkan di pusat penempatan semula berpusat dan 45 lokasi penempatan semula telah digunakan.
Sebanyak 918 pasukan penyelamat kecemasan, membabitkan 7,741 orang digerakkan oleh jabatan profesional seperti bekalan elektrik, telekomunikasi,dan saliran di kawasan itu.– Bernama-Xinhua