ROQUEBILLIÈRE: Sekurang-kurangnya dua orang maut di Itali manakala lapan lagi masih hilang di Perancis pada Sabtu selepas melanda selatan Perancis dan barat laut Itali.
Taufan itu membawa angin kencang dan hujan lebat hingga menyebabkan banjir teruk di kawasan berkenaan.
Beberapa perkampungan di selatan bandar Nice mengalami kerosakan teruk dan Datuk Bandar, Christian Estrosi turut menyifatkan bencana banjir terburuk di bandar itu.
Di utara Itali pula, beberapa jalan dan jambatan dihanyutkan oleh banjir manakala paras air di beberapa sungai turut melimpah, lapor agensi berita BBC.
Difahamkan, mangsa yang maut di Itali adalah seorang anggota bomba di Aosta Valley, manakala seorang lagi lelaki berusia 30-an apabila keretanya dihanyutkan dalam sungai di Piedmont.
Sementara itu, 17 orang pula dikatakan hilang di barat laut negara itu selepas hujan lebat semalaman, termasuk empat pengembara Jerman yang tidak pulang dari perjalanan mendaki gunung, menurut jurucakap pihak berkuasa.
Di bandar Venice juga mengalami angin kencang pada Ogos lalu, tetapi berjaya dilindungi oleh sistem penghalang banjir yang baru-baru ini dinyatakan beroperasi sepenuhnya.
Di Perancis, lapan orang dikatakan hilang.
Sementara itu, Estrosi yang meninjau dengan helikopter ke kawasan paling teruk berkata, jalan dan kira-kira 100 rumah dihanyutkan atau sebahagiannya musnah.
Agensi Meteorologi Perancis pula mengatakan taburan hujan 450 mm (17.7 inci) melanda di beberapa kawasan selama lebih dari 24 jam, menyamai jumlah kumulatif bagi hampir empat bulan tahun ini.
Jabatan Alpes-Maritimes juga meletakkan amaran merah pada Jumaat lalu, tetapi kini diturunkan menjadi oren ketika badai bergerak menuju Itali.
Pantai di Nice dan bandar pesisir lain juga ditutup selain orang diminta tinggal di rumah apabila ribut melanda pantai Atlantik barat Perancis, menyebabkan puluhan ribu rumah terputus elektrik.
Angin dengan kelajuan melebihi 180km/j (112mph) dicatatkan di Brittany pada Khamis dan Jumaat lalu. – AFP